Chellam — Bahagian 10

  • Putrajaya tells Dong Zong to adapt for UEC approval
    Putrajaya tells Dong Zong to adapt for UEC approval

    PUTRAJAYA, May 21 – The United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong) must be “prepared to make changes” and meet conditions set by the Ministry of Education if the Unified Examination Certificate (UEC) is to be recognised, the government said today.

  • MACC panel wants ministers, MBs, banned from government projects
    MACC panel wants ministers, MBs, banned from government projects

    KUALA LUMPUR, May 21 – The MACC’s Consultation and Corruption Prevention Panel (CCPP) proposed today that all government administrators and their family members at both federal and state levels be barred from bidding for government projects.

  • After elections, Najib has serious economic concerns on his plate
    After elections, Najib has serious economic concerns on his plate

    KUALA LUMPUR, May 21 — Datuk Seri Najib Razak’s newly re-elected Barisan Nasional (BN) government faces what the Financial Times today called the serious economic problem of weakening exports.

  • Adam's father gets to meet him at Jinjang lockup
    Adam's father gets to meet him at Jinjang lockup

    Adam Adli Abdul Halim has been subjected to interrogation for two days in a row and was not even given a pillow or a blanket to sleep, said lawyer Fadiah Nadwa Fikri, who visited student activist today.

  • Ambiga, Bersih crew to pass baton to new leadership soon
    Ambiga, Bersih crew to pass baton to new leadership soon

    KUALA LUMPUR, May 21 — Datuk Ambiga Sreenevasan and the rest of Bersih 2.0’s 20-member steering committee are soon expected to relinquish their posts to make way for new blood in the leadership of the polls watchdog movement.

Oleh Uthaya Sankar SB

1 JUL — “Seperti biasa, bapa kamu sudah keluar untuk bertemu kawan-kawannya di kedai menjual arak,” Chellam menjelaskan.

Kavitha tertunduk. Dia sangat kecewa dengan sikap bapanya, Selvam. Dia sedar bahawa bapanya seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Segala kejayaan Kavitha dan adik-adiknya sekarang adalah berkat usaha ibu mereka. Bapa mereka sedikit pun tidak membantu.

“Anak-anak perempuan memang menyusahkan. Entah dia ni pergi belajar di kolej atau mencari duit dengan cara yang hina.”

Pernah Selvam berkata begitu semasa Kavitha mula belajar di kolej dan bekerja sebulan lalu. Kata-kata itu amat menyakitkan hati. Kalau bukan kerana emaknya, sudah lama Kavitha putus asa untuk hidup.

Selvam selalu menghina anak-anaknya sendiri. Sebab itulah anak-anaknya tidak sukakannya. Mereka juga sedih kerana selalu dihina. Akan tetapi, Chellam selalu menasihatkan mereka supaya bersabar.

“Sabarlah. Saya doakan supaya suatu hari nanti, bapa kamu akan insaf. Dia akan sedar segala kesilapannya. Pada waktu itu, kamu semua mesti memaafkan bapa kamu,” pesan Chellam kepada anak-anaknya.

Gaji sulung yang diterima oleh Kavitha tidaklah banyak. Bagaimanapun, Kavitha tidak mahu membazir walau satu sen. Dia membeli sari untuk ibunya, Chellam. Dia juga memberi wang tunai untuk belanja adik-adiknya. Selepas membayar yuran kolej, ada sedikit wang baki.

“Saya ada sedikit rancangan untuk wang ini,” kata Kavitha. “Apa kata kita ubah suai sedikit rumah ini?”

“Bagus cadangan tu,” pintas Karpagam. “Bumbung rumah ni bocor. Kalau hujan, air selalu mengalir masuk. Habis buku-buku basah.”

“Betullah, kakak. Susah juga nak belajar kalau hujan,” sambung Kannama. Kavitha memandang ibunya.

“Apa pula pandangan emak?” tanya Kavitha.

“Saya biarkan kamu buat keputusan,” kata Chellam sambil tersenyum. “Tentu kamu tahu apa yang terbaik. Apa pun keputusan kamu, saya sokong. Emak tahu bahawa kamu akan ambil keputusan yang terbaik.”

“Tapi, kakak,” kata Kogila pula. “Cukupkah wang untuk membeli barang dan membayar upah pekerja?”

Kavitha terdiam. Dia merenung wajah Kogila. Kata-kata adiknya adalah benar. Tentu dia perlukan wang yang agak banyak untuk membeli barang dan juga membayar upah pekerja.

Gadis itu merenung sampul surat berisi baki wang gaji sulung yang diterima. Dia mengeluarkan wang dari dalam sampul dan mula membilang jumlahnya.

Chellam, Kogila, Kannama dan Karpagam pula terdiam sambil menanti Kavitha selesai menghitung wang berkenaan. — Bersambung minggu depan

* Uthaya Sankar SB lahir dan membesar di Taiping, Perak. Penulis sepenuh masa ini kini tinggal di Shah Alam, Selangor.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.