Oleh Hafidz Baharom
KUALA LUMPUR, 19 Sept — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menuntut kerajaan agar memastikan pemaju bandar menyediakan kuota sebanyak 35 peratus untuk rumah mampu milik yang berharga RM150,000 untuk penjawat awam, di dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan minggu hadapan.
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, sementara rumah mampu milik terdapat di kawasan luar bandar, ia terlalu jauh untuk berulang-alik ke tempat kerja.
“Kita mahu kerajaan untuk mencadangkan polisi untuk memastikan 35 peratus dari perumahan di bandar bernilai RM60,000 hingga RM150,000 untuk dilaksanakan agar penjawat awam yang memperolehi pendapatan kurang dari RM3,000 untuk mudah ke tempat kerja,” kata Osman.
Dia juga menambah beberapa tuntutan seperti menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), selesaikan isu 45,000 hingga 60,000 penjawat awam kontrak dan penambahan elaun penambahan kos (COLA) yang pernah dibangkitkan dahulu.
“Permintaan ini bukannya baru, tetapi perkara lama yang sangat penting untuk disampaikan, kerana kita dapati terdapat banyak aduan dan laporan tentang hal ini,” kata Osman.
Presiden Cuepacs berkata, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama ada pada Oktober atau November selepas perbentangan bajet.
Ahli majlis tertinggi seramai 120 orang, juga mahu kedua-dua pemimpin itu untuk menghadiri kongres, termasuk ahli dari Sabah dan Sarawak untuk membincangkan isu tersebut,” kata Osman lagi.
Presiden Cuepacs itu menambah ahli majlis tertinggi juga membantah tindakan kerajaan dalam membubarkan Mesyuarat Antara Jabatan pada Mei lalu, yang menyebabkan kesatuan sekerja sukar untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin peringkat persekutuan.
“Kami telah mengadakan banyak perbincangan selama dua puluh tahun dan kami rasa terkilan kerana ini dilakukan tanpa perbincangan dengan Cuepacs,” kata Osman lagi.
Bila ditanya tentang penjawat awam harus memberikan yang terbaik selepas semua tuntutan diberikan, Osman berkata, ahli majlis tertinggi mencadangkan supaya pekerja bekerja setengah jam lebih setiap hari untuk meningkatkan produktiviti.
“Bayangkan jika kerajaan menerima tambahan setengah jam untuk 1.4 juta pekerja awam, jika dilihat dari segi kos, mereka dapat lebih dari apa yang kami dapat.
“Kebanyakan penjawat awam tiba awal ke tempat kerja lebih awal, dan pulang lewat, tetapi kita akan memastikan kongres kita untuk memastikan kita akan mendapat tuntutan kita,” kata Osman yang berkata kongres Cuepacs akan dilakukan selepas pembentangan bajet.



