Oleh Shannon Teoh
PETALING JAYA, 29 Jun — Peguam kepada konsultan Datuk Shamsubahrin Ismail melihat dakwaan baru yang dikenakan terhadap yang menuduh beliau meyakinkan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail untuk menyerahkan lebih RM1 juta untuk merasuah penyiasatan pihak polis adalah tidak adil dan bertentangan dengan National Feedlot Corporation (NFCorp).
N. Surendran dalam satu sidang media kepada pemberita hari ini berkata, pihak pendakwa seharusnya mendakwa Pengerusi NFCorp, Salleh, yang merupakan suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, untuk menutup kes tersebut dengan merasuah polis.
“Peguam Negara sendiri mengakui dalam kertas pendakwaan bahawa Salleh cuba merasuah polis. Saya sendiri tidak pernah melihat dakwaan seperti ini daripada AG, ia bertentangan dengan polisi awam.
“Beliau cuba melindungi orang yang cuba merasuah polis. Jika mereka ada bukti NFCorp cuba merasuah polis, kenapa tiada tindakan diambil terhadap Salleh?” soal naib presiden PKR itu (gambar) lagi.
Kertas pendakwaan bertarikh 12 Jun itu turut diserahkan kepada pemberita yang menyatakan jumlah pendakwaan menipu Salleh, yang turut bersama anak-anaknya memiliki syarikat yang didakwa menyalahgunakan RM250 juta dana, yang dipecahkan kepada empat bahagian.
Tiga daripadanya, bertarikh 25 November, 1 dan 5 Disember, menyatakan Shamsulbahrin menipu Salleh untuk menyerahkan cek bernilai RM255,000, RM500,000 dan RM300,000 selepas “meyakinkan Salleh”.
“... mempercayai sebahagian wang tersebut kononnya untuk diberikan kepada pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana bagi menutup kes yang disiasat polis berkaitan NFCorp.”
Shahrizat telah digugurkan daripada dakwaan rasuah dalam kes RM250 juta dana kerajaan bagi projek penternakan lembu fidlot yang dianugerahkan kepada NFCorp, yang diusahakan suaminya, Salleh dan tiga anaknya, apabila beliau merupakan menteri Kabinet.
NFCorp didakwa menggunakan RN250 juta itu untuk membiayai aset bernilai lebih RM60 juta yang tidak berkaitan dengan projek berkenaan.
Ketua Wanita Umnoi itu juga telah mengambil tiga minggu cuti daripada jawatan menteri sebelum meletak jawatan apabila tamat tempoh penggalnya sebagai Senator pada 8 April lalu.
Sebelun beliau berundur, suaminya telag didakwa atas kesalahan pecah amanah kerana melanggar peruntukan Akta Syarikat.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu berkata Shahrizat tidak terlibat dengan salah laku berhubung projek tersebut.
Malah, Shamsulbahrin juga telah didakwa atas kesalahan 17 pengubahan wang haram pada 18 Jun, bernilai RM4.1 juta.




