Advertisement

Dana asing catat peralihan keluar dari ekuiti Malaysia

MIDF Research semalam menerusi laporannya mendedahkan dana asing terus menjauhi ekuiti Malaysia apabila sejumlah RM2.1 billion ekuiti dijual pada tiga minggu lalu.

Ketua Penyelidik MIDF Research, Zulkifli Hamzah berkata penjualan asing mencatatkan peningkatan sejak 25 Julai lalu dan semakin aktif pada Khamis.

Beliau menjangkakan penjualan asing akan bersambung minggu ini berikutan sentimen lemah ekuiti global terutama selepas penjualan di Wall Street Jumaat lalu.

“Dana asing dijual berjumlah RM443.7 juta dari ekuiti Malaysia dalam pasaran terbuka minggu lalu lebih rendah dari RM489.9 juta minggu sebelumnya. Tiga minggu lalu, sejumlah 2.1 bilion meninggalkan ekuiti Malaysia,” katanya memetik laporan itu.

Beliau berkata, sehingga Jumaat lalu, nilai kumulatif bersih pembelian asing ikuiti Malaysia berjumlah $AS4.3 bilion (RM14.1 bilion) berdasarkan transaksi pasaran terbuka oleh itu, kecairan dana asing yang tergantung dalam pasaran tempatan masih tinggi.

Katanya, penyertaan asing dalam pasaran masih sederhana iaitu purata jualan dan belian harian kasar hanya RM800 juta.

Zulkifli berkata, institusi runcit tempatan masih menyokong pasaran melalui nilai dagangan RM428.7 juta dan kira-kira RM15 juta minggu lalu.

“Kadar penyertaan institusi tempatan agak tinggi dengan penyertaan runcit melebihi RM1 bilion pertama kali dalam masa empat minggu. Pasaran bagi perniagaan runcit pula semakin aktif sekarang," katanya. - 20 Ogos, 2013.