DAP gesa pembaharuan ‘seorang satu undi’

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Sistem pilihan raya perlu diperbaiki bagi membolehkan kerajaan dibentuk berdasarkan undi popular, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini.

Lim menjelaskan walaupun Pakatan Rakyat (PR) memenangi undi popular sekitar 51 peratus dalam Pilihan Raya 2013, Barisan Nasional (BN) sebaliknya membentuk kerajaan dengan memenangi 60 peratus daripada 222 kereusi Parlimen yang dipertandingkan.

“Kemenangan 51 peratus untuk undi popular, namun hanya 40 peratus kerusi Parlimen menyaksikan ketidak adilan pembaharuan politik yang menghormati ‘seorang satu undi; untuk menyelamatkan demokrasi,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

“Rakyat Malaysia yang mengundi majoritinya untuk PR berbanding BN akan melihat keputusan yang BN tewas undi popular menajdi kerajaan, sedangkan PR memiliki undi popular hilang kuasa memerintah. Ini hitam menjadi putih dan sebaliknya,” tambahnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata PR memenangi sejumlah 5.6 juta undi mengatasi BN, 5.2 juta undi dengan kelebihan 386,000 undi.

Kali terakhir parti yang diketuai Umno itu hilang undi popular adalah pada 1969, yang ditandingi mereka sebagai Parti Perikatan.

Majoriti BN dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini juga semakin mengecil dengan hanya memenangi 133 kerusi Parlimen, lebih 122 kerusi untuk memenagi kerajaan.

Perikatan itu diselamatkan melalui kerusi di Sabah, Sarawak, dan Johor yang membentuk sebahagian besar kerusi yang dimenangi mereka.

Persempadanan pilihan raya, yang dimanipulasi telah memberikan BN kemenangan di kawasan luar bandar, sedangkan PR memerlukan undi penduduk bandar yang besar.

Pemerhati pilihan raya, Tindak Malaysia pada April lalu berkata satu undi penduduk luar bandar sama nilainya dengan enam pengundi di bandar, berdasarkan cara dan kaedah sempadan pilihan raya dilakar.

Sebagai contoh, kerusi Parlimen Putrajaya mwempunyai 15,791 pengundi, berbanding Kampar yang mengandungi jumlah pengundi sembilan kali ganda, 144,159.

Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengetuai himpunan besar-besaran di Petaling Jaya malam tadi untuk membantah keputusan pilihan raya yang dakwanya membolehkan BN membentuk kerajaan persekutuan.

Ribuan membanjiri kawasan stadium MBPJ, di Kelana Jaya, malam tadi dengan berpakaian hitam sebagai simbol terhadap “kematian” demokrasi.