DAP tidak akan bertanding 90 kerusi kata Pakatan

  • Pakatan to push for parliamentary panel to redraw seats fairly
    Pakatan to push for parliamentary panel to redraw seats fairly

    PETALING JAYA, May 24 — Pakatan Rakyat (PR) wants a parliamentary select committee (PSC) as a bilateral platform to ensure a fairer constituency redelineation exercise once Parliament convenes, its leaders said last night.

  • Opposition crackdown shows reforms a lie, say Pakatan leaders
    Opposition crackdown shows reforms a lie, say Pakatan leaders

    PETALING JAYA, May 24 — The security dragnet on opposition leaders and critics this past week is the clearest sign yet that the Barisan Nasional (BN) government was never honest in wanting real political reforms, Pakatan Rakyat (PR) leaders told a rally here last night.

  • Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang
    Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang

    KUALA LUMPUR, May 23 — Pakatan Rakyat (PR) lawmakers Chua Tian Chang and Tamrin Ghafar, and political activist Haris Ibrahim, have been arrested for sedition and will be held overnight at the police lockup in Jinjang today.

  • Bar suggests new laws to give MACC more power
    Bar suggests new laws to give MACC more power

    KUALA LUMPUR, May 23 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) should be given more power to fight graft with the introduction of new legislation, the Malaysian Bar has said.

  • May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM
    May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM

    The 'People's Gathering' in front of the Amcorp Mall field in Petaling Jaya on Saturday will go ahead despite the police arresting several leaders of opposition political parties and non-governmental organisations today.

Oleh Clara Chooi, Ida Lim dan Thanusya Shanmuganathan

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membidas laporan akhbar hari ini – mengatakan DAP akan membolot jumlah kerusi parlimen paling banyak dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13, dengan dakwaan bahawa perundingan tentang kerusi masih lagi berjalan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) – mewakili DAP dalam majlis pimpinan PR memberitahu The Malaysian Insider bahawa pertuduhan yang dibuat tidak berasas dan liar oleh kerana DAP hanya akan bertanding di 60 kerusi parlimen.

“Ini adalah kewartawanan yang tidak bertanggungjawab, kempen untuk mewujudkan ketakutan, memecahbelahkan PR dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” merujuk kepada laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar milik Umno itu membuat laporan merujuk kepada tiga blog – suarapakatanrakyat.com, mykmu.net dan pisau.net – melaporkan DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen, pertambahan 43 kerusi berbanding PRU 2008 sementara PKR dan PAS masing-masing bertanding 66 kerusi.

Selain itu, artikel tersebut mendakwa, DAP yang majoriti ahlinya terdiri dari kaum Cina dalam keadaan selesa untuk melantik ahli mereka untuk menjadi perdana menteri (PM) walau pun PR menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.

Jika Anwar tetap dilantik menjadi PM, ahli parlimen Permatang Pauh itu bakal menjadi PM boneka DAP, kerana parti Cina itu menguasai majoriti kerusi parlimen kata akhbar itu lagi.

Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan sekeras-kerasnya laporan Utusan Malaysia itu sambil menambah setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkali-kali menyatakan bahawa ayahnya adalah bakal PM jika PR menang.

“Saya percaya pengumuman berkali-kali oleh YAB Lim Guan Eng tentang Anwar sebagai PM masa hadapan adalah petunjuk jelas tentang kesediaan DAP untuk mengekalkan struktur sedia ada PR,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Ahli parlimen Lembah Pantai itu juga menegaskan bahawa semua parti dalam PR sama rata dan tidak ada yang lebih besar dari yang lain.

“Ya,” kata beliau menjawab tentang soalan apakah semua parti PR dikira sama rata walaupun ada parti yang bakal memegang lebih kerusi. “Ini menjelaskan tentang komitmen kami untuk mempertahankan perlembagaan negara termasuk artikel 153.”

Nurul turut mempersoalkan tentang kekebalan Utusan Malaysia dari berhadapan dengan tindakan undang-undang walaupun seringkali menyiarkan berita palsu.

“Bagaimana kementerian dalam negeri (KDN) terus membenarkan syarikat tersebut beroperasi walaupun telah berkali-kali kalah dalam kes mahkamah melainkan ianya bertujuan dijadikan alat untuk kepentingan politik Najib Razak (PM, Datuk Seri), katanya lagi.

Apabila dihubungi, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut menafikan laporan Utusan Malaysia sambil mengatakan ia bertujuan untuk mewujudkan ketakutan bagi masyarakat Melayu mengenai kemungkinan tertubuhnya kerajaan Cina apabila BN kalah.

“BN seringkali gunakan ‘politik najis’ – wujudkan ketakutan bagi orang-orang Melayu tentang kemungkinan DAP menguasai kerajaan jika PR menang PRU 13,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dengan DAP sekarang ini menguasai majoriti kerusi parlimen, pemimpin Umno berkali-kali memberi amaran kepada orang-orang Melayu jika mereka terus berpecah, parti Cina akan mengambil alih kerajaan pusat ketika BN ‘diterajang’ keluar dari Putrajaya.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.