Dijangka kemarahan tetapi yang datang Muslim dengan bunga

Hampir 1,000 orang menyertai himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang di pagi yang dijangka bakal menghadapi beberapa kumpulan Islam yang marah dengan mereka, tetapi dengan tidak disangka sekumpulan Islam datang membawa bunga untuk mereka.

Antaranya yang datang adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang mebawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian.

Sekumpulan NGO Islam bersama pengikut mereka berhimpun membuat bantahan penggunaan nama Allah oleh Kristian dalam perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.
Sekumpulan NGO Islam bersama pengikut mereka berhimpun membuat bantahan penggunaan nama Allah oleh Kristian dalam perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.

Namun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian.

Mereka juga menyokong serbuan yang dibuat oleh Jais terhadap Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim yang merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pemimpinnya.

"Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ.

"Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya.

Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain."

Beliau menyifatkan serbuan Jais sangat mencurigakan dan kesal dengan tindakan mendiamkan diri pihak kerajaan.

Marina dan rakannya Nik Elin kemudiannya pergi menemui penganut Kristian di situ dan memberikan bunga untuk mereka dengan diringi sorakan daripada orang ramai.

Suasana berbeza di Padang Kelab Sultan Sulaiman apabila sekumpulan umat Islam membantah pengarang Herald, Father Lawrence Andrew yang berkata akan menggunakan terus nama Allah dalam urusan mereka di gereja. Bantahan ini dijangka dibuat di gereja tetapi dipindahkan ke sana hari ini.

Umno Selangor semalam memutuskan tiada bantahan di gereja kerana bimbang mereka bertembung dengan Kristian dan berkata, yang mereka bantah adalah kenyataan pengarang Herald, Father Lawrence Andrew yang berkata akan terus menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang berbahasa Malaysia mereka.

Peserta perhimpunan bertanya, apakah Kristian akan hilang kehebatan mereka jika tidak menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang mereka.

Ustaz Mohd Kamal Husin, pengerusi bersama Persatuan Solidariti Muslim Klang menegaskan Allah adalah Allah adalah nama khas untuk Muslim dan bukan terjemahan god dalam Kristian.

"Kami terkejut dengan kamu kerana kenyataan bahawa Kristian akan terus menggunakan nama Allah dalam sembayang berbasaha Melayunya satu tindakan yang menghasut.

"Ia akan menimbulkan suasan yang tidak harmoni antara Muslim dan Kristian," katanya semasa sidang media selepas bantahan itu dibuat.

– 5 Januari, 2014.