Dr M sokong Mukhriz sebagai MB Kedah

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyuarakan sokongan terhadap anaknya Datuk Mukhriz Mahathir untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menawan negeri tersebut dalam pilihan raya umum ke-13.

Kenyataan bekas perdana menteri itu dijangka akan memberikan tekanan terhadap pemimpin Umno negeri untuk memutuskan sama ada Mukhriz (gambar) adalah calon yang sesuai, kerana sokongan timbalan menteri perindustrian antarabangsa dan industri itu dilihat terbaik.

“Saya akan menolong beliau, namun apa yang dia buat, jawatannya, terpulang kepada parti. Jika dicalonkan sebagai menteri besar, saya sokong.

“Parti biasanya tidak mencalonkan orang untuk menteri besar; kita tak tahu menang ke tak, jadi ia biasanya dicalonkan di peringkat negeri atau persekutuan,” kata Dr Mahathir dalam temu ramah bersama The Malaysian Observer (MobTv).

Beliau telah ditanya oleh Datuk Jahabardeen Md Yunos untuk mengulas berkenaan spekulasi Mukhriz akan dicalonkan sebagai menteri besar Kedah jika BN menang di Kedah dalam PRU13.

Mukhriz merupakan Timbalan Ketua Umno Kedah dan ahli Parlimen Jerlun.

Namun Dr Mahathir menegaskan Mukhriz masih “berjuang” untuk meningkatkan keupayaannya dan kepimpinan Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri telah menjadi pemangkin untuknya aktif berpolitik.

“Sepanjang pengetahuan Mukhriz, saya tahu dia berminat tapi saya tidak benarkan untuk dia menyertai politik. Saya perdana menteri, dia tida boleh bermula seawal semasa saya dahulu.

“Dia masih berjuang, amat sukar, dia perlu meningkatkan potensi dirinya,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, kunci utama beliau tidak menggalakkan anak-anaknya menyertai politik adalah kerana tidak mahu dituduh mengamalkan nepotisme atau mewujudkan legasi keluarga.

“Ia sangat mementingkan diri sendiri, saya fikirkan diri sendiri ... saya kata tidak pada politik, tiada perniagaan dengan kerajaan. Selepas saya bersara, mereka boleh kemudiannya,” katanya.

Spekulasi mengatakan Mukhriz akan menyerahkan kerusi Parlimennya dan bertanding di kerusi negeri Kedah untuk meningkatkan imej BN dan Umno.

Turut difahamkan tidak semua pemimpin Umno menyokong ahli Parlimen Jerlun itu, dan menentang cadangan tersebut.

BN hanya memenangi 14 daripada 36 negeri pada 2008, sedangkan Pakatan Rakyat (PR) memenangi 22 kerusi, dengan majoriti dikuasi PAS dengan 16 kerusi.

Mukhriz sebelum ini mengakui menjadi anak Dr Mahathir membantunya meningkat naik dalam politik, namun berkata kepada Online pada Februari beliau enggan dibayangi bapanya itu.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.