Secara eksklusif buat pelayar Yahoo! Malaysia, video di sebalik tabir pembikinan filem 'Bunohan' yang berdurasi 20 minit dipersembahkan khas buat anda! Dalam video tersebut diselitkan wawancara bersama pengarah filem itu, Dain Said, pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Amerul Affendi dan Tengku Azura.
'Bunohan' menceritakan mengenai kisah tragis tiga saudara yang terpisah – seorang peninju
tomoi, seorang ahli perniagaan dan seorang lagi pembunuh upahan yang kembali ke
kampung halaman mereka di Kampung Bunohan, di mana mereka tersepit dalam
pelbagai konflik. BUNOHAN dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan
Pekin Ibrahim, serta dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Bront Palarae, Soffi
Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi dan Tengku Azura.
[Klik di sini untuk menonton bahagian pertama video eksklusif di sebalik tabir filem 'Bunohan']
Ketahui apa yang
berlaku sewaktu pembikinan filem tersebut serta pengalaman setiap pelakon
bekerja di bawah arahan pengarah yang cukup dikenali menerusi filem
kontroversi, Dukun yang dihalang tayangannya atas sebab-sebab tertentu.
Tontonilah bahagian kedua video ekslusif pembikinan filem 'Bunohan':


