
2 Ogos – Hari lebaran kian menjelma dan bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pihak Astro dengan berbesar hati dalam menghimpunkan variasi program istimewa khas buat penonton semua.
Dengan tema "Eratkan Jalinan" pada tahun ini, sebanyak 104 buah program menarik termasuk 46 buah program baru bakal memeriahkan musim perayaan ini di rangkaian Sembilan buah saluran Melayu Astro terpilih iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Mustika HD (134), Astro Cerai (611), Bintang (141) dan Pelangi (142).
Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh, berkata, objektif utama Astro adalah memberikan hiburan secara berterusan meliputi setiap kelompok sasaran penonton yang pelbagai.
"Pihak kami telahpun membuat perancangan rapi untuk meneruskan kesinambungan kemeriahan program-program hebat yang ditayangkan sepanjang bulan Ramadan ini sempena sambulan bulan Syawal kelak," ujarnya yang ditemui pada majlis Iftar Astro di The Royale Bintang, Damansara, semalam.
Tambahnya lagi, bagi menepati kempen tahun ini iaitu "Eratkan Jalinan", pengisian kandungan daripada pelbagai genre yang berbeza seperti telefilem, komedi, muzikal, konsert, majalah, hiburan, kerohanian, drama, animasi, koleksi filem-filem tempatan mahupun antarabangsa termasuklah program dalam bentuk definisi tinggi serta banyak lagi akan disusun untuk siaran secara berselang seli tanpa henti bagi memenuhi kehendak tontonan seisi keluarga.
Menerajui kempen "Eratkan Jalinan" pada tahun ini, antara program menarik yang akan menemui penonton sempena Aidilfitri seperti 'Mega Raya 2012', 'Helo Bro..Tolong Masak Raya Ni!', 'Nusantara Raya Safee Sali', 'Aaron & Zizan....Beraya Sampai Pengsan', 'Raya Hafiz Raya', 'Konsert Reunion Pop Yeh Yeh' serta banyak lagi.
Jadi jangan lupa temujanji anda bersama program-program hebat di Astro di sepanjang bulan Syawal ini.
