Fakta menarik mengenai Rasulullah S.A.W.

Oleh Hafidah Samat

Nabi Muhammad S.A.W. sememangnya mempunyai budi pekerti yang tinggi dan berhemah. Antara fakta menarik mengenai Nabi utusan Allah S.W.T yang terakhir ini adalah seperti berikut:

i.    Baginda mempunyai sifat yang mulia iaitu siddiq (jujur), amanah (boleh dipercayai), fathonah (cerdas) dan tabligh (ikhlas menyampaikan).

ii.    Baginda digambarkan sebgai seorang yang sangat kacak, cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari memancar di wajahnya. Abu Hurairah R.A. bersabda, wajah Rasulullah S.A.W. bersinar seolah-olah dibuat daripada perak.

iii.    Janggut Rasulullah S.A.W cukup lebat dan raut wajah Baginda menawan dan mempunyai anak mata yang tersangat hitam.

iv.    Baginda berjalan sangat laju dan seorang yang sangat bertenaga. Apabila berjalan, baginda seolah-olah menuruni curam atau tempat yang tinggi.


v.    Rasulullah S.A.W sering berjalan di belakang sahabat baginda sedangkan baginda adalah ketua mereka.

vi.    Keindahan percakapan Rasulullah S.A.W sangat epik, baginda bercakap dengan jelas, lancar supaya pendengar dapat memahami dan mengingati sabdaNya sebaik mungkin. Baginda tidak akan mengulangi kenyataanNya lebih dari tiga kali.

vii.    Nabi Muhammad S.A.W. seorang yang pendiam dan baginda bercakap hanya bila perlu.
viii.    Baginda merupakan seorang yang sopan dan tidak biadap untuk mengelakkan orang lain tersinggung.

ix.    Ketawa Rasulullah S.A.W. adalah senyuman baginda sendiri.

x.    Baginda suka berjenaka, namun melarang berlawak yang menyebabkan orang ketawa terbahak-bahak.  walaupun dirinya merupakan seorang yang suka berjenaka dan periang.


xi.    Nabi Muhammad S.A.W. dikurniakan sekitar 50 mukjizat. Dari sekian banyak mukjizat itu, Al- Quran merupakan mukjizat Nabi yang paling besar pengaruhnya bagi Islam dan dijadikan pegangan hidup bagi setiap muslim. Tidak ada yang dapat menyamai isi Al- Quran hingga kini (Q.11:13). Mukjizat-mukjizat Nabi yang lain, misalnya: Nabi dapat mengetahui isi hati lawan, tubuhnya menebarkan bau harum, bumi patuh atas perintahnya dan Nabi mampu mengeluarkan susu dari seekor kambing kurus.