FEAR 3

Takut

Pengeluar: Warner Bros
Pembangun: Day 1 Studios
Genre: FPS (individu atau ramai pemain)
Spesifikasi: Windows XP/Vista/7, Intel Core 2 Duo 2.4Ghz, AMD Athlon X2 4800+ or better, 4.4GB hard disk space, 2GB RAM, NVIDIA 8800 GT 512MB RAM, ATI 3850HD 512Mb RAM or better, DirectX 9.0C
Sedia untuk: PS3, Xbox 360 and PC

Versi PC diulas

Hasil Ujian: Walaupun tidak menakutkan macam permainan yang sebelum ini, FEAR 3 mencapai potensi dengan memberikan satu pengalaman FPS yang amat jitu dan bernilai untuk dibeli

FEAR 3 memastikan bahawa ia mementingkan apa yang dilakukannnya pada siri popular terdahulu, penggunaan pistol ala filem balet senjata John Woo dicampur dengan keseraman The Ring. Penggunaan pistol telah dibaiki namun dari segi keseraman dirasakan ia adalah agak terlampau dengan amat banyak kemunculan Alma, hantu gadis pembunuh psikik yang mengumumkan ketibaan beliau dengan stail Jack-in-a-box atau dengan keganasan melampau yang membuat Jason Vorhess bagaikan seorang pengecut.

Permainan ini memaparkan satu jalan cerita yang amat berbelit sampai boleh diisi di dalam laman Wikipedia namun apa yang anda perlu tahu adalah anda bermain sebagai Point Man, seorang askar super yang muncul dalam permainan pertama dengan misi yang sama, menghentikan kekejaman Alma. Ini kerana, Alma, walaupun telah mati, adalah sangat berkuasa hingga dia masih hidup dari satu tahap, dan juga amat suka membunuh dan gila. Apa yang lebih teruk, Alma hampir melahirkan seorang anak yang boleh dikategorikan di dalam permainan ini sama taraf dengan Anti-Christ dan kesakitan kelahiran itu mengacau realiti dengan ramai orang mati sekaligus atau dijadikan gila.

Sebagai Point Man, anda terpaksa melawan musuh menerusi runtuhan Freeport dan bertemu kembali dengan Alma bagi menghalang beliau dari beranak. Namun pada masa ini, anda tidak lagi keseorangan dengan ditemani seorang bekas musuh, abang dan juga kanibal yang gila dan suka membunuh, Paxton Fettel yang secara pelik telah kembali dari alam barzakh. anda akan memulakan kempen sebagai Point Man, namun setelah anda habiskan satu misi, anda boleh memainkan balik misi itu dengan menggunakan Fettel atau jika anda ada rakan, boleh dimainkan secara kerjasama.

Eh, tu api ke apa tu?

Masa Beraksi!

Kempen solo bermula di bahagian bawah satu penjara di mana anda merancang untuk membebaskan diri keluar. Dari situ anda akan memasuki satu aras yang agak serupa dengan aras Brazil Favela dari Modern Warfare 2 untuk mencuri helicopter sebelum membawa diri anda ke runtuhan Freeport, berlawan di pinggiran bandar yang telah hancur dan di jalanan yang dipenuhi oleh zombi, semua ini akan membawa anda kembali ke tempat ia semua bermula, fasiliti di bawah tanah Freeport di mana dia dipenjarakan bagi menyelesaikan kerja anda

Setiap aras memberikan perlawanan yang agak unik dan berlainan dengan gerombolan musuh atau bos. Selalunya anda akan melawan askar upahan Armacham yang penuh bersenjata pada setiap aras. Bukan semua lawan anda adalah manusia. Pada satu aras terdapat raksasa bagai serigala yang akan menggunakan taktik pasukan bagi mengalahkan anda. Satu aras lagi mempunyai segerombolan kanibal yang akrobatik yang mahu memakan anda. Walaupun selalunya satu musuh agak senang ditumpaskan, namun masalahnya adalah mereka selalunya akan lebih banyak dari anda dan berkerja sama bagi mengalahkan anda. AI FEAR yang amat masyur ini memang tidak mengecewakan dengan musuh akan menggunakan segala apa yang ada untuk membunuh anda. Infantri musuh akan mengkoordinatkan usaha mereka dengan memeberikan tembakan bagi menindas anda dengan yang lain akan cuba mengapit masuk, dan juga yang lain akan cuba melempar bom bagi menyuruh anda keluar dari tempat persembunyian. Satu raksasa serigala mungkin akan cuba mengalih perhatian anda di mana yang lain akan cuba melanggar anda dari tempat yang tak boleh dilihat.

Kebanyakan perlawanan adalah jelas dan mudah dimainkan dengan hanya perlu berlari dan tembak. Beberapa lawan seperti dengan bos memerlukan sedikit strategi sebelum itu. Beberapa tempat memeberikan ruangan vertikal bagi melancarkan serangan seperti laluan pejalan kaki di aras penjara. Di tempat lain pula mungkin lebih tradisi dengan banyak tempat berselindung dan satu zirah besi besar dilengkapi mesingan meluru kepada anda. Satu bos yang agak menarik adalah satu kumpulan yang menggunakan paranoia dan ketakutan anda pada tempat sempit. Berlawan di atas beberapa kotak kargo yang tinggi dan mengacau pandangan anda, anda akan menghadapi bos yang boleh lenyap dan muncul di sebelah anda dan seterusnya menumbuk anda di muka dengan hanya amaran anda dapat adalah satu cahaya sebelum itu. Namum begitu anda cukup sedia menghadapi mereka semua kerana biar Point Man ataupun Fettel, mereka adalah manusia super yang membuatkan Master Chief kelihatan seperti budak.

Memahami Karakter Anda
Apabila anda menggunakan Point Man, anda mempunyai akses kepada benda biasa di dalam FPS seperti bar kuasa yang akan penuh dengan sendiri dan keupayaan membawa dua senjata dari pilihan pistol tangan, mesingan sub, senapang, senapang patah, senapang penembak tepat, dan satu perisai anti rusuhan yang agak lawak di mana anda boleh berjalan terus ke musuh dan memukul mereka tanpa perlu takut. Hanya anda kelihatan seperti seekor kura-kura bila menggunakannya. Tidak seperti permainan lain yang menaik taraf senjata membuatkan senjata lama tak perlu, kesemua senjata adalah sama bahaya jika anda tahu cara betul menggunakannya. Kesemua senjata ini tidak dapat melawan senjata paling berbahaya di dalam simpanan Point Man; kebolehan untuk melambatkan masa. Ingat Bullet Time di dalam filem The Matrix? Point Man boleh melakukan benda yang sama.

Apabila gerak perlahan digunakan, masa akan diperlahankan. anda akan melihat peluru meninggalkan kesan di udara dan mendengar bekas peluru berbunyi tatkala ia jatuh ke lantai. Gerakan musuh akan menjadi perlahan walaupun anda bergerak bagai normal. Kebolehan ini membolehkan anda melawan segerombolan askar berseorangan. Walaupun terdapat banyak game lain yang cuba meniru aksi ini, namun hanya FEAR yang betul-betul dapat membuatnya nampak menakjubkan.

Fettel pula berlainan sedikit. Kerana dia tiada badan fizikal, dia tak boleh memegang senjata. Namum begitu dia ada satu keupayaan unik yang membolehkan dia merasuk musuhnya. Selepas dia merasuk, dia boleh mengawal badan musuhnya untuk melakukan apa saja. Namun dia tak boleh merasuk badan dengan lama sebelum satu jam jangka masa akan mula mengira. Dia perlu membunuh dan makan roh musuh bagi memastikan masa pada jam itu bertambah

Walaupun agak senang jika hanya menggunakan gerak perlahan dan merasuk kesemua musuh anda, namun ia tidak akan rasa menyeronokkan. Mengambil iktibar dari Bulletstorm, permainan ini ada pelbagai cabaran yang anda boleh selesaikan bagi mendapatkan markah lebih seperti mendapat beberapa bilangan tembakan kepala atau membunuh seberapa orang dengan gerak perlahan. Kesemua markah ini akan dimasukkan ke dalam sistem tahap yang akan memberikan bonus seperti masa gerak perlahan yang bertambah atau lebih nyawa ketika anda naik tahap. Tak kira siapa pilihan karakter anda, permainan solo akan mengambil masa lebih kurang 6 jam, walaupun dengan menggunakan mod kerjasama.

Lari! Lari! Terus Lari!

Berlainan dengan mod deathmatch yang biasa didapati pada mod multi pemain, FEAR menukarnya sedikit. Empat mod berlainan ditawarkan dengan dua daripadanya adalah mod kerjasama manakala dua lagi adalah kompetitif. Contraction adalah mod kerjasama bagai Zombie di dalam permainan Call of Duty  di mana anda perlu menahan dan memperkuatkan satu tempat dari serangan beberapa gerombolan musuh yang digilir dengan satu masa yang tenang bagi anda keluar dan mendapatkan bekalan.

Mod F***ing Run pula melihat perlawanan secara kumpulan menembusi musuh yang ramai kerana di belakang mereka Wall of Death semakin mendekati, memaksa mereka terus ke hadapan untuk mengelakkan dari terbunuh. Walaupun pemain yang mati boleh dihidupkan kembali, namun jika seorang saja tersentuh dinding Wall of Death, ia bermakna kesemua akan kalah. Soul Survivor pula terdapat seorang pemain menjadi jahat dan akan membunuh tiga lagi pemain sebelum masa tamat. Soul King memperlihatkan pemain sebagai Spectre yang perlu merasuk dan memakan seberapa banyak musuh sebelum masa tamat.

Daripada semua, mod F***ing Run adalah yang paling sengit dengan anda melawan kedua dua musuh dan juga masa, dan memerlukan anda dan rakan anda berkerja sama bagi mencapai kemenangan. Namun begitu mod  ini dan juga mod Contractions tidak sesuai bagi orang yang hendak terus bermain online kerana ia memerlukan kerjasama yang agak banyak. Itu dan ia juga kekurangan pemain kerana hanya ada sedikit sahaja online walaupun pada masa puncak.

TEMBAK…TEMBAK!

Satu Pengalaman Yang Menyeramkan

Gabungan permainan seram dan juga FPS, FEAR 3 mencapai beberapa objektif namun juga gagal dalam hal yang lain. Keseraman adalah bukan dengan melempar banyak bahagian badan yang jijik ke arah anda dan kematian yang mengerikan. Ia juga bukan dengan gadis hantu mengikuti anda pada setiap pelusuk dan setiap masa dengan kebakaran penuh darah memenuhi jalan anda. Ia adalah dengan membuat anda paranoid dan terasa tak dapat melakukan apa apa, sesuatu yang tidak boleh dilakukan kerana Point Man dan Fettel seperti diingatkan dalam permainan, adalah manusia bagaikan mesin pembunuh.

Permainan ini mencuba dengan gigih, namun dengan setiap peristiwa seram yang ia cuba hidangkan, lengkap dengan musik menakutkan, latarbelakang seram, dan banyak keganasan, ia memang tidak menakutkan sama sekali.

Sebagai satu FPS, FEAR 3 memberikan anda satu pengalaman yang agak hebat dalam mod permainan solo dengan AI yang bagus. Tiada satu perlawanan dimainkan dengan cara yang sama dan ia amat menyeronokkan untuk bermain semula tahap/aras dan melihat bagaimana AI bertindak balas kali ini. Walaupun komponen mod banyak pemain agak kukuh, namun ia masih gagal untuk menandingi permainan yang lebih popular. Buat masa sekarang, FEAR 3 adalah satu sambungan yang amat bagus dan patut dimiliki oleh peminat FPS, terutama yang inginkan pengalaman kerjasama.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.