
Dalam kesibukan mempromosi album runut bunyi filem "29 Februari" yang bakal diriliskan pada bulan hadapan, kumpulan Forteen juga tidak ketinggalan dalam ingin meluangkan masa bersama keluarga pada Hari Raya walaupun terhad.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkembangan terbaru kumpulan ini sepanjang bulan puasa dan Hari Raya, sila ikuti temubual eksklusif bersama empat orang ahli yang girang dan peramah ini.
Forteen ada rancangan untuk lagu baru sempena bulan Ramadan / Raya?
Rancangan itu ada, tapi ianya memakan masa, jadi kami kena fikir masak-masak dulu. Kalau kami nak buat album tapi orang tak beli, susah juga. Kami mungkin akan keluarkan album tahun depan.
Apa rancangan Forteen sepanjang bulan Ramadan dan juga Raya?
Kami bercadang untuk membuat majlis buka puasa bersama pihak media dan juga peminat.
Ada artis lain yang terlibat?
Insyaallah akan ada yang terlibat, tanpa mereka pasti majlis yang akan kami selenggarakan ini tidak semeriah tahun lepas.
Padat tak jadual sepanjang bulan puasa?
Orang cakap bulan puasa adalah bulan kita beramal, mungkin disebabkan itu pihak KRU memberi kelonggaran kepada kami, jadi kami tidak banyak buat pertunjukan pentas ataupun nyanyian sepanjang bulan puasa. Jika adapun, penggambaran untuk edisi raya nanti. Buat masa ini kami akan sibuk dengan promosi album runut bunyi filem "29 Februari dimana Prebiunya pada 28 Ogos.
Apa rancangan kalian sepanjang Raya?
Izzue: Saya akan pulang ke kampung halaman saya, Kelantan selama 2 hingga 3 hari tapi perlu balik ke Kuala Lumpur untuk promosi lagu sampai filem "29 Februari" ini diriliskan.
Selalunya apa aktiviti kalian sepanjang Hari Raya?
Tahun lepas kami buat majlis rumah terbuka bersama peminat di rumah emak saudara One. Untuk tahun ini pula, Insya Allah kami akan buat satu lagi majlis rumah terbuka. Masa yang diluangkan bersama keluarga itu memang terhad sebab kami semuanya tinggal berjauhan dari mereka.
Apa juadah kegemaran kalian sepanjang bulan puasa?
Ameer: Kalau saya di kampung, mak saya akan sediakan kuih-muih. Kalau di sini pula, saya suka makan onde-onde (gula Melaka) dan cendol.
Ariz: Peneram.
One: Mak cik saya selalu bawa saya berbuka di Hotel Villa Subang. Kalau di rumah, saya suke pajeri nanas yang mak buat. Kalau bazaar, dadih jagung dan juga kuih tart nanas.
Izzue: Kebab.
Kalau Hari Raya pula?
One: Nasi impit dan rending
Ariz: Saya suka makan ketupat palas dan rendang.
Izzue: Topak (ketupat).
Ameer: Semua jenis. Saya tak memilih sebab saya paling kuat makan. Dan saya paling suka masakan sendiri
Kalian sudah siap dengan pakaian?
Kami jarang membeli-belah baju Raya sebab selalunya kami dapat baju baru yang sudah tersedia ada setiap tahun. Jadi, baju raya kami ni macam dah terlebih (ketawa).
Terima kasih atas masa yang diluangkan.
Sama-sama.

