Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus

    Oleh G Manimaran

    KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

    Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.

    Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

    “Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

    Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.

    Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

    Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

    Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

    Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

    “Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

    Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.

    “Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

    “Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

    “Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.

    Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

    SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

    SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

    Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.

    The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

    Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

    Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

    Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.

    Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

    Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

    How do you feel about this article?

     
    • Al Askarie  •  7 months ago
      salam 1 Malaysia... sabau ye rakyat malaysia...marilah kita tunggu dan dengar bajet 2012 pada 18hb oktober...barulah sahih. Jangan la buat pertumpahan darah dulu...hehe.
    • ism  •  7 months ago
      aku guntin rambut naik singgit, satu kilo sayap ayam dah naik dari rm11 ke rm12.80.. adakah kenaikan ini disebabkan pelarasan gaji atau faktor lain??
      • Karpak Seng 7 months ago
        itu faktor towkey tamak haloba nak bertambah2 kaya hisap darah pengguna.....
      • atas pagar 7 months ago
        yang kau gi makan sayap ayam tu wat apa...? baik kau beli sayap kapal terbang.. tak naik pun aku tanya semalam
    • My  •  7 months ago
      baru pikir nk berenti keje gomen. gaji kecik. kena tunggu bujet 2012 dulu la.
    • Mohd Anuar Affendi  •  7 months ago
      uuuuuuuuu.........lego skit raso nyo......
    • alis  •  7 months ago
      Oit dah tahu ke banyak barang2 mulai naik harga sehari dua ni.
      Ada yang dah 'temporary out of stock' tunggu penyelarasan harga tauke
    • Afdhal Abdul Rahman  •  7 months ago
      gaji naik boleh buat loan lagi
      • Al Askarie 7 months ago
        loan umah ke...janji jgn cecah 60% potongan kat p/s
      • Kalajengking 7 months ago
        gila dunia
      • YM 7 months ago
        itu saya setuju - gunakan macam orang pandai - macam itulah - jangan nak memprotes aje.
    • hairul  •  7 months ago
      harga barang tu naik biasa lah takan tak paham pulak ......... itu kan kerajaan yang kawal.....
    • Icez rulez  •  7 months ago
      Apa daaaa bising... klu barang naik, bru la gaji swasta boleh naik... klu tak naik, tu salah tokey2 yg tak nak naikkan gaji sbb nk kaut untung lebih!!!
      • Ada 7 months ago
        tu tokey sumbat la bro..... alah gaji je naikkk dah nak kecoh2.....
    • Mr Janggut  •  7 months ago
      Gaji selapis ke atau berlapis ke semua sama aja. Silapnya mereka yang buat perubahan dahulu. Ada di antaranya di agong-agongkan sekarang dan dapat anugerah negara pula di atas kesilapannya.Tak tahu malu betoi mereka ni. Kesannya ini lah kedaan bercelaru yang berlaku. Lain kali pilehlah mereka yang mempunyai kelulusan yang sesuai dan tahu ilmu hisab (Matematik keberangkalian). Mereka ini (Penyilap) ,perlu tampil dan mohon maaf kepada pekerja yang telah teranaya. Kalau tidak terimalah padah diakhirat kelak.
    • Captain Seth  •  7 months ago
      harap janji ditunai hasil dapat dituai.....pm laut..
    • alis  •  7 months ago
      Andaian kenaikan gaji 40 peratus bukan untuk kerani Putrajaya berangan-angan untuk menukar kereta kepada LAGI BEST tetapi untuk memperbaiki perut masing-masing yang sentiasa sakit. Sebelum ini cucur badak berharga 30 sen boleh dibelah empat untuk sekali suap, tetapi sekarang cucur badak mengecil kepada 25% dan sebiji sekali suap bermakna harga cucur badak naik 400%. Dengan kenaikan 40% bermakna tiada kenaikan malah (-ve 360%) untuk makan cucur badak yang sama dengan harga yang sama sebelum ini. Nasi lemak pagi di Petronas untuk bekal makan tengah hari pasti akan naik menjadi RM2.40. Untuk kakitangan atasan pula kenaikan gaji bukan untuk memiliki rumah RM2.5 juta nanti t kerajaan erpaksa meminda umur persaraan wajib kepada 60 tahun pula sebab kakitangan pasca perkhidmatan tak mampu membayar hutang rumah . Rakyat Malaysia jangan bimbang sebab produk dan perkhidmatan saya akan dinaikkan sebanyak 50% mulai 1 Jan 2011.
      • amirulbahri 7 months ago
        servis ape sayang...?
      • karl_razlie 7 months ago
        ramai kakitangan kerajaan pangkat rendah sanggup berhutang hingga 20tahun hanya utk beli superbike dan kereta sport.... biar pape asal bergaya...akhirnya ramai yg muflis...walaupun muflis gomen staff still bleh pinjam kat koperasi...tak mcm kami di swasta
      • idin 7 months ago
        karl, kerajaan atau swasta ade kelebihan masing2. ko nak jadi pape cam diorang ke? sekarang ni banyak koperasi yg memberi pinjaman kat swasta tau ko pinjaman je kat along (koperasi = along berlesen). tepuk dada tanye la selera ko.
    • plain_83  •  7 months ago
      Rezeki, jodoh dan ajal. 3 benda tu x boleh dipersoalkan, semua itu ketentuan ilahi. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yg diberi Allah s.w.t, berusaha dengan bersungguh-sungguh sambil mengharapkan berkat drp Allah s.w.t dan buangkan segala perasaan hasad dengki akan keuntungan hamba Allah yg lain. It's as simple as that, only the people like to complicate things. Siapa saja yang berusaha akan dpt ganjaran, be it gov or non-gov.
    • Rosdi  •  7 months ago
      baru khabar kenaikan gaji, belum lagi pengumumkan dari PM, harga barang dah naik. Nanti dah sah naik gaji, harga barang naik lagi. kesimpulan gaji naik sekali barang naik berkali-kali......
    • Destroyer OF kafir  •  7 months ago
      nice.. boleh la orang yg bekerja awam beli MYvi baru dan Proton baru yg nak kuar nanti :)
    • oranglelaki  •  7 months ago
      syukur la klu jadi naik gaji, sapa yg dok dengki tu aku nak buat cam ner, kita dapat duit, yg dok dengki tu dapat dosa hu hu hu hu
    • PELUPA  •  7 months ago
      lupa NAK BAGITAU ...KEPADA SEMUA YANG BENCI RASUAH SENANG SAHAJA...JIKA BUAT SALAH DENGAN UNDANG2 TERIMALAH HUKUMAN DENGAN HATI YANG REDHA...TAK USAH SUSAH PAYAH JUMPA ORANG TU..JUMPA ORANG NI...KONONNYA MINTA TOLONG FREE...KAN DAH BUAT TERIMALAH AKIBATNYA...SATU LAGI TAK PAYAH LA NAK NGULUR ATAU MINTA BELAS IHSAN ORANG YANG NAK MENGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP KITA YANG DALAM KESUSAHAN...PASTINYA RASUAH TAK ADA DAH....TAPI BILA ADA YANG NGULUR ATAU MINTA MAKA JADILAH RASUAH UNTUK MELEPASKAN DIRI DI DUNIA NI ATAU SEDAP SEKEJAP...TAPI AKHIRAT TAK LEPAS2 JUGAK...WALLAHUAKLAM...
      SAYANGILAH DIRI ANDA AMINNN...
    • Techno Solution  •  7 months ago
      yg miskin mat kilang, mat kontrak, mat kebun sejengkal, mat warong......
    • Bernard L  •  7 months ago
      wow... 40% increase in pay for them to "facebook" during office hour? MALAYSIA MACAM MACAM BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    • anggun  •  7 months ago
      hopely menjadi kenyataan....Alhamdullilah
    • f  •  7 months ago
      barang naik sebab kerajaan tidak mengawalnye dengan baik. konsepnye ade perlu beli jika tidak tengok dan pergi.

    Most Popular

    POLL
    Loading...
    Poll Choice Options