Galeri Bazaar Ramadan: Taman Greenwood, Gombak

Selepas menahan lapar dan dahaga setiap hari sepanjang bulan Ramadan, lokasi yang paling sesuai untuk dikunjungi bagi mendapatkan juadah yang diinginkan semestinya di bazaar yang terletak hampir di setiap tempat terutama sekali kawasan perumahan.

Jika anda mencari juadah Melayu, Cina atau Barat, mungkin anda boleh ketepikan restoran atau pusat membeli-belah dan kunjungi bazaar Ramadan yang terletak di Taman Greenwood, Gombak untuk juadah berbuka menyelerakan.



Apabila anda mula berjalan menuju ke bazaar ini, anda mungkin akan menghadapi sedikit masalah untuk memilih makanan kerana pilihan yang ada sangat banyak. Dari kuih-muih tradisional, lauk-pauk, kebab, makanan bakar, ayam golek, rojak Singapura, laksa utara, semuanya ada!

Pagination

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
(13 Pages) | Read all

ARTIKEL LAIN

PETIKAN SINAR RAMADAN

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)."