Garam dan botol air bukti cubaan tumbang kerajaan, kata Nazri

  • Bar suggests new laws to give MACC more power
    Bar suggests new laws to give MACC more power

    KUALA LUMPUR, May 23 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) should be given more power to fight graft with the introduction of new legislation, the Malaysian Bar has said.

  • May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM
    May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM

    The 'People's Gathering' in front of the Amcorp Mall field in Petaling Jaya on Saturday will go ahead despite the police arresting several leaders of opposition political parties and non-governmental organisations today.

  • Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins
    Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins

    KUALA LUMPUR, May 23 — Over a thousand copies of PAS-owned Malay newspaper Harakah as well as DAP-owned The Rocket and PKR’s Suara Keadilan were carted off by home ministry officials from shops and several distribution centres in a nationwide raid today, as Putrajaya mounts an apparent crackdown against Pakatan Rakyat (PR) supporters.

  • Police to take action against group who disrupted candlelight vigil
    Police to take action against group who disrupted candlelight vigil

    GEORGE TOWN, May 23 — Police will take action against the group of men who disrupted a candlelight vigil in Esplanade last night that resulted in a scuffle, injuring a reporter and an activist.

  • Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang
    Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang

    KUALA LUMPUR, May 23 — Pakatan Rakyat (PR) lawmakers Chua Tian Chang and Tamrin Ghafar, and political activist Haris Ibrahim, have been arrested for sedition and will be held overnight at the police lockup in Jinjang today.

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 13 Jun — “Garam dan botol” yang digunakan oleh penunjuk perasaan Bersih adalah bukti bahawa pembangkang telah menggunakan perhimpunan pada 28 April untuk tumbangkan kerajaan dalam stail protes Arab Spring, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Parlimen hari ini.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah mencetuskan kritikan dari ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang menuntut kerajaan meminta maaf kerana tidak memberi bukti kukuh untuk dakwaan kerajaan bahawa perhimpunan Bersih itu satu cubaan menjatuhkan kerajaan.

“Jangan memandang rendah garam dan botol. Kalau disokong oleh orang awam, ia boleh menumbangkan kerajaan. Pembangkang ingin dapatkan lebih dari 100,000 untuk menyertai Bersih untuk menumbangkan kerajaan tetapi mereka tidak mendapat nombor itu,” Nazri berkata hari ini.

Beliau berkata bahawa keputusan pemimpin kumpulan Bersih menolak sebarang tempat alternatif kepada perhimpunan 28 April lalu di Dataran Merdeka dan penyokong Bersih yang bertindak ganas memprovokasikan pihak berkuasa adalah bukti cubaan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Jawapan Nazri itu kepada soalan parlimen oleh Ahli Parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang (gambar kanan) telah serta-merta mendorong ahli  pembangkang menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta maaf dan menarik balik kenyataannya yang dikatakan tidak berasas.

“Perhimpunan haram Bersih telah cuba untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan taktik yang sama di Dataran Tahrir, Mesir; Dataran Hijau, Libya dan Dataran 7 November, Tunisia dengan memilih Dataran Merdeka yang juga merupakan dataran bersejarah.

“Walaupun Stadium Merdeka ditawarkan sebagai satu alternatif untuk kepentingan keselamatan awam, ia ditolak tanpa sebarang sebab yang baik,” Nazri berkata.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu juga berkata bahawa penyokong Bersih telah “bertindak ganas dan memprovokasikan pihak berkuasa” untuk mencapai “objektif mereka untuk membuatkan pihak berkuasa bertindak dan membuktikan kepada rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa bahawa kerajaan adalah ganas dan tidak berperikemanusiaan.”

“Bersih, yang mempunyai niat baik, telah dihijack oleh pembangkang, yang tidak yakin untuk memenangi pilihanraya dengan adil” beliau memberitahu Parlimen.

Ini mendorong Lim untuk serta-merta flay respons menteri itu kerana “gagal sepenuhnya untuk memberi sebarang bukti untuk menyokong dakwaan bahawa ada cubaan menjatuhkan kerajaan.”

“Adakah perdana menteri cukup berani untuk meminta maaf dan menarik balik dakwaan beliau? Bolehkan sekadar garam dan botol air mineral menumbangkan kerajaan persekutuaan? Adakah Barisan Nasional (BN) begitu lemah?” beliau berkata.

Tetapi Nazri berkata Mesir, Libya dan Tunisia semua telah melihat perubahan regim “dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.”

Putrajaya kelmarin juga telah mendakwa PR telah memprovokasikan penunjuk perasaan di perhimpunan untuk pilihan raya yang adil pada 28 April untuk “menjadi agresif” dan menentang satu arahan mahkamah untuk menyekat mereka dari memasuki Dataran Merdeka.

Najib juga telah mendakwa bulan lalu bahawa Bersih adalah satu cubaan menjatuhkan kerajaan, manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ada elemen dalam perhimpunan itu yang mahu kematian dan tumpahan darah.

Kementerian Dalam Negeri berkata semasa masa menyoal dalam Parlimen kelmarin bahawa ia telah menempatkan 9,274 orang pegawai polis pada hari itu “berdasarkan maklumat yang kami memperolehi bahawa kami akan menghadapi ancaman dari penunjuk perasaan.”

“Dalam satu acara countdown pada 26 April, pembangkang dan NGOs telah menghasut lebih dari 3,000 orang yang hadir supaya menjadi agresif,” Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop berkata, menambah bahawa pemimpin PR telah memberitahu peserta untuk “mengambil Dataran Merdeka kalau ia hanya dikawal oleh polis.”

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata ia mempunyai maklumat bahawa ahli sukarelawan dari Unit Amal PAS, Angkatan Tentera Muda PKR dan Pasukan Tindakan DAP (DAPAT) diberitahu “apa jua yang berlaku, mereka akan berada di Dataran Merdeka”.

Beliau berkata semasa perhimpunan, para penunjuk perasaan telah membaling botol, topi keledar dan batu ke arah polis dan juga melemparkan kata-kata kesat seperti “babi, anjing, binatang”.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.