KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Gempa bumi lemah bermagnitud 1.9 pada skala
Richter melanda Keningau, Sabah pada 8.45 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi
Malaysia.
Pusat gempa itu adalah 25 kilometer di timur laut Keningau dan gegaran
dirasai di sekitar kawasan berkenaan, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
"Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan
maklumat terkini," katanya.
-- BERNAMA
NJ HK SBB

