KUALA LUMPUR, 30 0kt (Bernama) -- Generasi kedua peneroka Felda bakal
menerima ''durian runtuh'' sebanyak RM5,000 mulai 10 Nov ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyerahkan cek contoh
pada Himpunan Generasi Baharu Felda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah
Alam, yang berlangsung tiga hari bermula 9 Nov ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata
pemberian fasa ketiga itu melibatkan peruntukan sebanyak RM563 juta.
Beliau berkata kaedah pemberian ''durian runtuh'' itu adalah sama seperti dua
fasa sebelumnya.
"Bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk menerima wang itu atas nama
perseorangan atau dibahagikan kepada adik-beradik yang lain," katanya pada
sidang akhbar di sini hari ini.
-- LAGI
FELDA-DURIAN RUNTUH 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sementara itu, Ahmad menafikan individu dari Sabah memiliki sejuta saham
Felda Global Venture (FGV) melalui ''pink form''.
Beliau berkata Sabah diberi pemilikan saham FGV sebanyak lima peratus.
"Tiada individu yang menerima satu juta saham FGV. Kerajaan negeri Sabah
yang dapat lima peratus saham FGV," katanya.
Ahmad berkata golongan yang menerima ''pink form'' adalah petugas kumpulan
Felda dan ia diperuntuk kepada 20,817 orang manakala seramai 112,635 peneroka
menerima 800 unit saham melalui ''blue form''.
-- BERNAMA
KNAA NAK SBB

