PAS gerakkan usaha tarik lebih banyak sokongan pengundi Melayu

  • Forego remand appeal to gain public favour, Kit Siang tells cops
    Forego remand appeal to gain public favour, Kit Siang tells cops

    BY CLARA CHOOIASSISTANT NEWS EDITOR KUALA LUMPUR, May 25 ― The police should not appeal yesterday’s decision by a magistrate to deny remand on two opposition figures and an activist if it wants to regain public confidence, Lim Kit Siang said today.

  • Anwar broke treaty with Najib by protesting polls results, reveals WSJ
    Anwar broke treaty with Najib by protesting polls results, reveals WSJ

    BY CLARA CHOOIASSISTANT NEWS EDITOR KUALA LUMPUR, May 25 ― Former Indonesian vice-president Jusuf Kalla has accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of reneging on a peace deal to respect the outcome of Election 2013 that he brokered between the opposition leader and Datuk Seri Najib Razak in April.

  • Malaysians among world’s economic Pollyannas, says US pollster
    Malaysians among world’s economic Pollyannas, says US pollster

    By Debra ChongAssistant News Editor KUALA LUMPUR, May 25 ― Malaysians are among the most upbeat people in the world about the economy, believing the state’s coffers to be robust, their personal purses in good shape and their children’s future prospects to be even better, according to a US survey of 39 countries released this week.

  • PKR to delay party polls
    PKR to delay party polls

    PETALING JAYA, May 25 ― PKR will delay its party elections originally scheduled for this November, owing to a disruption by the country’s 13th general election.

  • Restore democracy together before national reconciliation, PKR tells BN
    Restore democracy together before national reconciliation, PKR tells BN

    PETALING JAYA, May 25 ― PKR today told political rival Barisan Nasional (BN) to work together to restore the country’s democracy first before embarking on efforts to reconcile Malaysia after the May 5 general elections.

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Parti berteraskan Islam, PAS dilihat semakin agresif dalam cubaan menarik sokongan pengundi Melayu di negara ini dengan pilihan raya umum ke-13 yang dijangka semakin hampir dilaksanakan tidak lama lagi.

Parti komponen majoriti Melayu dalam Pakatan Rakyat (PR) itu juga semakin aktif menjelajah ke seluruh negara menganjurkan “Himpunan Hijau Menuju Putrajaya” dengan yang terbaru di Dewan SUK Selangor hari ini, dan di Johor semalam.

Sebelum ini, Himpunan Hijau telah menjengah ke Kedah, yang menyaksikan kehadiran sekitar 100,000 peserta yang berlangsung di Alor Setar pada 1 Jun lalu.

Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang turut mensasarkan peningkatan empat peratus undi masyarakat Melayu bagi parti tersebut sewaktu pilihan raya umum ke-13 akan datang yang dijangka dilaksanakan selepas pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad, perhimpunan pra Himpunan Hijau di Dewan SUK Selangor hari ini, turut menetapkan sasaran PAS memperolehi 60 kerusi Parlimen, dengan tujuh daripadanya di Selangor.

“Pra Himpunan Hijau hari ini memberikan penekanan langkah yang perlu dilaksanakan PAS bagi mencapai sasaran 60 kerusi Parlimen, dan daripada jumlah itu, tujuh adalah dari Selangor,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

“PAS telah membuat keputusan untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Parti-parti komponen tidak mampu untuk bergerak sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana parti komponen lain,” tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.

Selain itu, PAS juga dilihat semakin agresif dalam merekrut bekas pegawai kanan tertinggi kakitangan kerajaan menyertai parti Islam itu, dengan yang terbaru, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia menyertai parti komponen PR itu malam tadi.

Ahmad Zabidi Shamsuddin malam tadi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak, semalam.

Selain Ahmad Zabidi, tindakan itu terlebih dahulu telah dilakukan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof awal bulan lalu.

Keadaan itu jelas menunjukkan PAS cuba menarik lebih banyak sokongan masyarakat Melayu dengan menampilkan imej positif mereka apabila menerima penyertaan bekas pegawai tertinggi kerajaan.

Khalid turut menambah, dalam perhimpunan di Shah Alam hari ini, PAS turut melancarkan penubuhan TV Impian — medium yang membawa suara pemimpin kepada penyokong PAS.

“TV Impian ini mempunyai lima saluran, yang mengandungi ceramah, berita, ucapan pemimpin, dan sebagainya.

“Ia adalah televisyen yang dipancarkan secara online, dan memerlukan dekoder,” tambahnya.

Dalam perhimpunan hari ini, PAS turut mengumumkan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor bakal dijalankan pada 15 Julai depan di Stadium Kuala Selangor.

“PAS mensasarkan anggaran 30,000 peserta akan dapat menyertai perhimpunan pada hari tersebut,” katanya lagi.

Walaupun Barisan Nasional (BN), terutamanya Umno dilihat mempunyai bilangan sokongan pengundi Melayu yang lebih tinggi, penganalisis politik tanah air melihat jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melewatkan tarikh pilihan raya, situasi mungkin berubah.

“Jika BN tunggu lebih lama, ia akan kehilangan undi Melayu kerana faktor itu semakin susut,” kata Faisal Hariz, penganalisis politik dari Kuching kepada The Malaysian Insider.

Faizal menjelaskan, kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan 79 peratus pengundi Melayu berpuas hati dengan Najib, menunjukkan peningkatan daripada 74 peratus pada Febuari lalu.

Beliau turut menambah “pemberian-pemberian seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan sebagainya hanya akan menjadi gangguan daripada isu pokok bagaimana negara ini dibentuk dan sama ada ianya transformasi yang sebenar atau tidak.

“Kerajaan boleh menambah lebih banyak dalam bajet akan datang, namun sokongan pengundi Melayu mungkin sudah berada di kemuncaknya,” kata pensyarah politik dahubungan antarabangsa ini lagi.

Pentadbiran Najib telah berbelanja besar apabila memberikan imbuhan tinggi kepada kakitangan awam dengan peningkatan kos sara hidup, memberikan voucher buku kepada pelajar, dan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah program BR1M yang menyaksikan sokongan kepada Najib melonjak.

Namun pensyarah Universiti Sarawak (Unimas) itu turut berkata terdapat “peningkatan ketara dalam sokongan terhadap pembangkang dalam kalangan Melayu walaupun bantuan-bantuan tersebut  diberikan, mereka tetap menyokong PR.”

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.