GX1 Model Paling Cun, Tak perlu jadi profesional untuk rakam foto

– Jeff (di tengah) bersama wakil Panasonic di atas pentas bersama kamera GX1

Panasonic  Malaysia  hari  ini  memperkenalkan  model premium terkini bagi Sistem Kamera Mikro Kompak, LUMIX DMC-GX1, yang baru saja memenangi  anugerah Siri LUMIX G bagi kamera-kamera digital.

Jenama yang diperakui kualiti imejnya yang  tinggi dengan bentuk kompak dan kecil serta lensanya  yang dikhususkan untuk  jurugambar  amatur berpengalaman dan pengguna profesional bakal menjadi produk hebat Panasonic.

"Sistem lensa kamera tanpa cermin berbilang kanta Lumix G terbaru merupakan strategi kami untuk mengukuhkan kedudukan dalam segmen ini dan untuk mencipta  budaya  foto  baru  bagi menawan pasaran pada tahun 2012. Kepelbagaian model Siri G adalah untuk memenuhi permintaan bagi kamera bersaiz kecil bergaya yang sesuai dengan fungsi dan kualiti foto DSLR. Pelancaran model GX1 hari ini meningkatkan siri G terutamanya bagi peminat-peminat foto," kata Jeff Lee, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.

Pengenalan terbaru ini meliputi Kamera kompak  3D  'terkecil  di  dunia' LUMIX DMC-3D1; model skrin sesentuh LUMIX DMC-FH7; model 24x "superzoom" LUMIX DMC-FZ150; dan model yang pertama (pada 31 Ogos 2011 lalu) Camcoder lensa bersepadu berkembar 2D/3D yang serasi dengan AVCHD 3D/Progressive standard.

"Permintaan terhadap sistem kamera telah meningkat secara mendadak terutama di pasaran-pasaran Jepun dan Asia. Pasaran semasa bagi kamera ini telah melebihi 40% dan kami menjangkakan trend ini akan berkembang secara menyeluruh. Di Malaysia, pasaran  kamera sistem ini sedang berkembang dengan menggalakkan dan kini mempunyai  nisbah satu  pengguna kamera sistem kepada sembilan pengguna DSLR. Peningkatan kamera sistem ini mencecah 400% berbanding tahun lepas." tambah Jeff.

Jeff juga berkata, " Kami menawarkan pilihan-pilihan dan fleksibiliti untuk memberi kuasa kepada pengguna-pengguna fotografi dan videografi yang sesuai kepada semua pengguna biasa hingga pengguna amatur dengan pelancaran baru camcoder dan kamera-kamera LUMIX. Perkongsian kami dengan Leica selama 10 tahun merupakan satu usaha yang baik dan melonjakkan jenama Lumix kami.  Model kanta kamera  kami  terdiri  daripada  julat kelebaran (wide range)  "wide zoom",  "standard zoom", telefoto, makro,  "single focal length" hingga kepada kanta 3D."

LUMIX DMC-GX1  boleh  didapati  dalam  warna  hitam  dan  perak.  Panasonic  akan  menjualnya  sebagai  kit pada harga RM3,099 dengan kuasa kanta 14-22mm zoom dan sebagai kit kanta berkembar 14mm ditambah hingga 14-42mm pada harga RM2,999 bermula pada bulan Disember. Kamera-kamera yang lain pula boleh didapati dari harga RM649 untuk LUMIX FH7 sehingga RM11,999 untuk HDC-Z10000.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.