Harga sewa tapak mahal punca harga makanan Pasar Ramadan melambung

  • Malaysians among world’s economic Pollyannas, says US pollster
    Malaysians among world’s economic Pollyannas, says US pollster

    By Debra ChongAssistant News Editor KUALA LUMPUR, May 25 ― Malaysians are among the most upbeat people in the world about the economy, believing the state’s coffers to be robust, their personal purses in good shape and their children’s future prospects to be even better, according to a US survey of 39 countries released this week.

  • Nik Aziz: Umno’s race-based politics at dead end
    Nik Aziz: Umno’s race-based politics at dead end

    BY CLARA CHOOIASSISTANT NEWS EDITOR KUALA LUMPUR, May 25 ― Umno’s consideration of the proposal for a single, multiracial Barisan Nasional (BN) party proves its admission that race-based politics is no longer relevant in Malaysia, PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said today.

  • Forego remand appeal to gain public favour, Kit Siang tells cops
    Forego remand appeal to gain public favour, Kit Siang tells cops

    BY CLARA CHOOIASSISTANT NEWS EDITOR KUALA LUMPUR, May 25 ― The police should not appeal yesterday’s decision by a magistrate to deny remand on two opposition figures and an activist if it wants to regain public confidence, Lim Kit Siang said today.

  • Anwar broke treaty with Najib by protesting polls results, reveals WSJ
    Anwar broke treaty with Najib by protesting polls results, reveals WSJ

    BY CLARA CHOOIASSISTANT NEWS EDITOR KUALA LUMPUR, May 25 ― Former Indonesian vice-president Jusuf Kalla has accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of reneging on a peace deal to respect the outcome of Election 2013 that he brokered between the opposition leader and Datuk Seri Najib Razak in April.

  • PKR to delay party polls
    PKR to delay party polls

    PETALING JAYA, May 25 ― PKR will delay its party elections originally scheduled for this November, owing to a disruption by the country’s 13th general election.

Oleh Nomy Nozwir

SHAH ALAM, 22 Julai — Harga sewa tapak yang dikenakan oleh pihak urusetia Pasar Ramadan (PaRam) punca harga makanan meningkat sempena Ramadhan tahun ini, menurut rungutan dari peniaga-peniaga PaRam di sini, hari ini.

Tinjauan dari harga makanan di PaRam pada tahun ini di seluruh negara, menurut respon dari Twitter dan Facebook menunjukkan peningkatan harga makanan lebih mahal dari tahun-tahun yang lepas.

“Di Sabah misalnya, harga air tebu berharga sekitar RM7, di sesetengah tempat terutamanya di AsiaCity, Kota Kinabalu — harga air tebu sebotol mineral besar berharga RM10,” menurut koresponden #indeksparam dari Kota Kinabalu, Syarifah Nursyahidah dari Sabah.

#indeksparam adalah satu inisiatif dari golongan yang mempunyai akaun laman sosial Twitter untuk memberi informasi terbaru tentang harga makanan di PaRam, serta makanan-makanan menarik untuk kongsian bersama dari mereka yang melihat dari carian pautan (hashtag) tersebut, yang akan disiarkan di The Malaysian Insider setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadhan.

Sebagai perbandingan — harga air tebu rata-rata di Semenanjung berharga lebih kurang RM4-5 satu jag.

Sementara itu, tinjauan di sekitar pasar Ramadan sekitar Shah Alam rata-rata penduduk berkata ia masih berpatutan walaupun mereka merasakan sedikit mahal berbanding tahun lepas.

“Kalau kita tengok, harga murtabak daging dahulunya RM2.50, kini pun sama, cuma ukurannya kecil sedikit. Harga untuk laksa, mi dan mihun sup sekitar RM3.50 hingga RM4, berbanding tahun lalu lebih kurang RM3 hingga RM3.50 sahaja,” kata pengunjung PaRam di Seksyen 18, hari ini.

“Kita berharap kalau harganya mahal, kualiti dan kebersihannya hendak dijaga.

“Dan kita harap peniaga atau pihak urusetia PaRam tidak mengambil kesempatan dengan menekan rakyat dengan harga yang tidak berpatutan.

“Kita kena ingat bahawa ini bukan hanya sekadar berniaga, bahkan ini adalah fardhu kifayah untuk umat Islam berbuka puasa.

“Janganlah menganiaya orang ramai hanya kerana mahu mendapat keuntungan dunia,” kata seorang pengunjung yang ingin dikenali sebagai Din, di sini.

PaRam adalah tradisi rakyat Malaysia terutamanya kepada umat Islam setiap kali menjelang Ramadan.

Pelbagai juadah berbuka puasa dijual di seluruh negara dan sudah menjadi kewajipan bagi orang ramai untuk mengunjunginya.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.