Oleh Nomy Nozwir
KUALA LUMPUR, 14 Julai — Ribuan anak-anak peneroka Felda membanjiri bandaraya di sini dalam baju jingga untuk menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdling (FGVH) di Bursa Malaysia.
Perarakan protes mereka ke Istana Negara bertolak dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira 2.30 petang tadi.
Para penunjuk perasaan tersebut yang dijangka melebihi seramai 2,000 orang juga menuntut pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad untuk meletak jawatan, berserta lapan tuntutan lain yang disenaraikan oleh Himpunan Anak-Anak Felda (Anak).
Setakat ini, polis berkata keadaan masih terkawal dalam Himpunan Oren ini.
MENYUSUL LAGI


