(dari kiri) Charlie Cheah, Pengurus Pembangunan Pasaran Portables Pengguna HP Malaysia; Kim Dae Hwan, Pengurus …
Baru-baru ini, HP mendedahkan Ultrabook pengguna, PC semua-dalam-satu, Ultrabook perniagaan dan PC skrin sentuh 3D. Acara tersebut telah diadakan di The Library di Mid Valley Megamall dan turut hadir adalah Kim Dae Hwan, Pengurus Negara HP Malaysia PSG.
Salah satu daripada produk yang diumumkan adalah HP ENVY Spectre. Ultrabook ini menggunakan kaca yang ringan dan tahan calar. Ultrabook 13.3 inci ini dijanakan oleh pemproses Intel Core terkini dan dilengkapi dengan keupayaan NFC. HP Radiance Display menawarkan resolusi tinggi dan warna yang terang untuk kecerahan yang lebih baik dan sudut tontonan yang lebih luas.
Selain daripada itu, HP Folio 13 juga menawarkan kepada pengguna 9 jam hayat bateri, yang HP dakwa "prestasi tertinggi dikalangan peranti Ultrabook kini di pasaran". Ultrabook perniagaan ini adalah kurang daripada 0.75 inci nipis dan 1.5kg berat. Ciri-ciri tambahan termasuk Webcam HP TrueVision HD dan Dolby Advanced Audio.
PC 27 inci semua-dalam-1 pertama HP, HP Omni 27, juga telah dipamerkan dan adalah PC bukan-sentuh HP yang pertama dengan ciri-ciri perisian HP Magic Canvas yang membolehkan desktop untuk mengembang secara mendatar untuk menampung gambar, video dan aplikasi. Terdapat juga HP LinkUp Technology yang membolehkan pengguna mengakses dan mengedit kandungan dari PC notebook pada paparan Omni 27 dengan pemindahan fail yang kurang.
Terdapat juga HP Pavilion HPE Pheonix h9, PC Pavilion HP yang paling berkuasa setakat ini. Ia direka untuk pengguna yang khususnya mencipta kandungan dan permainan imersif. Ia boleh dinaiktaraf sehingga 16 GB memori DDR3 dan tiga cakera keras dalaman, membolehkan pengguna untuk mancapai had prestasi. Terdapat juga sistem penyejukan cecair pilihan untuk memanjangkan hayat PC dengan menarik haba dari pemproses dan melindungi komponen sensitif dari beban lebih haba.
Akhir sekali adalah HP TouchSmart 620 3D. Pengguna boleh menghasilkan video dan gambar 3D mereka sendiri dengan kamera web terbina dalam TouchSmart. TriDef Ignition Game Player dalam skrin sentuh ini membolehkan pemain untuk bermain permainan kegemaran mereka dalam 3D. Kandungan 3D boleh dilihat menggunakan cermin mata HP Active Shutter 3D, yang dijual secara berasingan. Antaramuka TouchSmart 5.0 membolehkan pengguna untuk menyesuaikan pengalaman mereka menggandakan ruang kerja dengan desktop menatal yang mengembang secara mendatar.
HP ENVY Spectre boleh didapati dengan harga permulaan RM3,999. HP Folio 13 kini boleh didapati pada RM2,999. Untuk HP Omni 27, yang sedia ada sejak Mac pada harga permulaan RM4,388.
By 