KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Perolehan kontrak SapuraKencana Petroleum
Bhd yang bernilai RM14.3 bilion dijangka dapat menyediakan syarikat perkhidmatan
dan rumusan minyak dan gas itu pendapatan kukuh dalam tempoh tiga tahun ini,
demikian menurut sebuah syarikat penyelidikan itu.
HwangDBS Vickers Research Sdn Bhd, dalam nota penyelidikannya berkata selain
daripada itu, syarikat akan sibuk menender projek-projek Petronas dalam beberapa
bulan ini seperti kontrak fabrikasi dan lapangan marginal.
Ia berkata syarikat tidak mempunyai masalah berhubung perkara ini ekoran
jumlah imbangan kira-kira yang diperbesarkan dan spektrum sepenuhnya
perkhidmatan minyak dan gas (O&G).
Penghantaran lima kapal sokongan baharu menjelang 2014 akan turut
merancakkan tahun kewangan 2016nya dengan ketara.
SapuraKencana pada masa ini menguasai enam pelantar tender, menjadikannya
pengendali pelantar terbesar di rantau ini dengan dua lagi pelantar akan siap
menjelang 2014.
SapuraKencana ialah satu-satunya peserta tempatan menawarkan rangkaian
lengkap aset untuk melaksanakan semua jenis perkhidmatan O&G.
-- BERNAMA
NBB NBB WGM AA


