Inovasi Produk Baru Yang Relevan oleh Philips memastikan keperluan pelanggan sentiasa dipenuhi

Khan bercakap dengan media di majlis pelancaran Philips Live Well

Philips melaksanakan visi mereka untuk meningkatkan kualiti hidup pelanggan mereka melalui inovasi unik dan menarik dengan pelancaran barisan produk mereka untuk 2012.

Dengan pengetahuan yang diterima daripada konsumer dan lebih 120 tahun pengalaman di dalam bidang inovasi, Philips sentiasa berusaha untuk menjadikan dunia ini lebih sihat dan berkekalan; product terbaru mereka juga kini tertumpu ke pelanggan serantau — bagaimana Philips boleh menolong pelanggan setempat melakukan apa jua dengan lebih mudah. Di bahagian hiburan seharian, pengguna Android akan menyukai keluaran terbaru Philips. Produk dok pertama di dunia untuk pengguna telefon pintar dan tablet Android kini boleh didapati, disamping Apple AirPlay Speaker dan Smartbar untuk pengguna iOS. Untuk mereka yang inginkan kualiti terbaik di mana sahaja, fon kepala Fidelio L1 akan menjadi kayu ukur terkini industri untuk kualiti bunyi dan keselesaan memakai.

"Asia kini menjadi lebih urban dan berkemampuan setiap hari. Oleh kerana itu kami melihat peningkatan permintaan dari pengguna untuk perkakasan rumah yang menggalakkan kesihatan yang lebih baik dan juga meningkatkan nikmat kehidupan seharian, ditatkala kita mencari jalan untuk memelihara kekuatan dan kesihatan mental keluarga," kata Naeem Shahab Khan, Pengarah urusan, Philips Malaysia.

"Kami akan sentiasa bekerjasama dengan pelanggan kami untuk memastikan bahawa kami tahu akan kehendak mereka, apa akan membuatkan hidup mereka lebih mudah dan apa masalahal yang perlu diselesaikan oleh kami. Untuk 2012, kami komited untuk memberi yang terbaik untuk pelanggan kami, dan sentiasa berinovasi untuk memastikan produk kami sentiasa relevan, tidak kira dimana ianya berada," kata Khan lagi.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.