Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Insiden KFC: Tidak timbul isu perkauman, kata saksi

    Oleh Mohd Farhan Darwis


    KLANG, 11 Feb - Saksi insiden pergaduhan di KFC i-City Shah Alam yang memuat naik video di laman web Youtube hari ini menegaskan tidak berlaku sebarang isu perkauman behubung perkara itu, dan pergaduhan tersebut berlaku hanya disebabkan perasaan tidak puas hati kerana KFC itu kehabisan ayam goreng.

    Saksi berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Jes 6366 berkata dia yang sedang beratur tidak mendengar sebarang perkataan berunsur perkauman dilemparkan sebaliknya mangsa, Danny Ng menggunakan suara yang agak tinggi terhadap pekerja KFC berkenaan untuk mengadukan perkara itu kepada pengurusan KFC.

    "Tidak ada perkataan yang berunsur perkauman disebut dalam pergaduhan itu, tapi Danny menggunakan suara yang agak kuat dan mungkin itu yang menimbulkan provokasi dan menbuatkan pekerja KFC itu marah.

    Menurutnya, isteri Danny telah membawa Danny keluar daripada KFC, dan disebabkan perasaan tidak puas hati, Danny masuk semula ke dalam KFC dan menuntut permohonan maaf daripada pekerja terbabit yang menjadi punca pertengkaran itu bertukar menjadi pergaduhan.

    "Pada masa itu ada sekitar 40 pelanggan sedang menunggu untuk membeli ayam goreng, tapi KFC sudah kehabisan ayam sedangkan jam baru menunjukkan 9.30 malam.

    "Pelanggan itu merungut disebabkan kehabisan ayam goreng, dan ada suara-suara tidak elok daripada dapur. Tiba-tiba pekerja KFC itu keluar dari dapur dan membawa sebatang besi," katanya menceritakan situasi sebenar semasa insiden pergaduhan tersebut berlaku.

    "Bagaimanapun, pengurus KFC berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan, sebaliknya hanya duduk di dapur," kata Jess di Pejabat DAP di sini.

    Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang hadir ketika sidang media itu meminta orang ramai agar tidak menjadikan isu berkenaan sebagai isu perkauman.

    "Ini hanyalah pertelingkahan berkenaan ayam goreng. Saya minta masyarakat di luar sana tidak menjadikan ianya sebagai isu perkauman," katanya menegaskan insiden itu berlaku disebabkan kelemahan pengurusan KFC yang tidak cekap.

    Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS itu, pengurusan  KFC seharusnya mengawal keadaan dan pengurus seharusnya sudah maklum keadaan yang berlaku.

    Namun begitu, beliau turut menegaskan tiada alasan untuk pekerja KFC itu bertindak ganas, namun beliau tidak menolak mungkin disebabkan faktor keadaan menjadikan pekerja itu berang dan bertindak di luar jangkaan.

    "Pekerja harus bersifat rasional, jangan gunakan kekerasan, begitu juga dengan pelanggan, cuba elakkan daripada menggunakan bahasa kasar yang boleh menimbulkan provokasi," tambahnya.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata pihaknya akan cuba memujuk Danny untuk berdamai dengan pekerja KFC tersebut sekiranya pekerja itu bersedia untuk bersemuka.

    Malah, menurutnya lagi, pihak polis juga akan membuat kawad cam hari ini bagi mengenal pasti pekerja yang terlibat menumbuk mangsa dalam insiden tersebut.

    "KFC juga telah bersetuju untuk berjumpa mangsa pada minggu depan di Ibu Pejabat KFC dan DAP akan menghantar wakil peguam bersama-sama Danny.”

    How do you feel about this article?

     
    • Reese  •  3 months ago
      dulu kat sekolah, i ramai kawan melayu yg ihklas, sama nyanyi lagu....spt Lagu Iklim, Search, Ella, Spring, Exist,...dll. sama memancing kat sungai... sekarang...pulak.....
      macam ada "gap" antara satu sama lain.......
      • degawan 3 months ago
        betullah tu..dulu tak kira melayu,india,cina sama2 berkawan..bertumbuk hari ni esok dah berpeluk..yg rugi anak2 kita nanti tak kira apa bangsa...
      • Rajawali 3 months ago
        sebab masing-masing pentingkan diri, bangsa, kaum puak... mengaji sekolah masing2.. cina pi sek cina, india pi sek india.. melayu??? habih tu mana depa nak tau perasaan, budaya sensitiviti antara bangsa.. 1Malaysia ka ni?? Jawab?
      • idin 3 months ago
        ahli politik kasi batuapi .sial punya ahli politik....kasi pecah india melayu dan cina...baru senang nak perintah....
    • Inovasi Cipta  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Ramai yang marah bukan pasal AYAM, bukan pasal peminat AYAM dan penjual AYAM, orang marah dan tambah mengelegak sebab cara tangani isu ini dengan SIDANG MEDIA, nak ambil kesempatan, nak tunjukkan dia berkuasa.....parti politikyang tak bermarwah apa lagi ambil isu
      • Liza 3 months ago
        Rakyat Malaysia sekarang ni memang suka "Menangguk di air yang keruh..." tulis yg betul pun boleh jadi sensitif...pelik betul.
      • *chi 3 months ago
        apsal lak babi2 ni x panggil staff kfc tu skali PC? let them face-to-face. x nk kasi org judge ka?
    • Azam Hasim  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      perselisihan antara pekerja dan pelanggan di KFC, kenapa pulak sampai parti politik campurtangan? Kes seperti ini boleh diselesaikan antara KFC, pelanggan dan pihak polis. Parti politik atau YB tak perlu masuk campur langsung. Nampaknya seperti ada niat lain yang timbul selepas berlakunya pergaduhan itu...kita tunggu apa pulak kes seterusnya nanti.
      • A Yahoo! User 3 months ago
        Saya setuju 100%.
      • Pirate King 3 months ago
        tu la pasal... something fishy here...
      • Fard 3 months ago
        kalau berniat baik apa salahnya....
    • sing  •  3 months ago
      raayat m'sia jangan jadi mangsa atau alat ahli politik, mereka jadi yb rasuah kuat2 jadi kaya, raayat gaduh senang mereka rasuah, kita tak perlu gaduh jadi modal ahli politik! Mari kita hidup 1m'sia.
      • guess me 3 months ago
        nice message bro..
      • sofian 3 months ago
        setuju sangat2 mr Sing....ahli politik memang tak tahu mcmmn nk jaga rakyat...nak biarkan lagi rakyat bergado pulak...kan bagus kalau semua ahli politik yang kaki rasuah n tak betol ni dapat sight kick n penumbuk ni....:)
      • NOKIA 3 months ago
        Respect..
    • myself  •  3 months ago
      anyway...kalau dua pihak tu boleh selesai, we should stop racism in here...please!! "Malaysia Maju 2020"
      • idin 3 months ago
        benda kecik je...boleh selesai...
      • khairil 3 months ago
        racism cannot be stopped but can be improvised.
    • AR2011  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Fried Chicken "hingga menjilat besi"...soGooooodddd...!! kes terpencil,tapi diperbesarkan. Bersatu lah rakyat malaysia...
    • Liew Seng  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Isu KFC ini ada lah isu komercial ataupun bisines dan ahli2 politik macam DAP & perkasa campur tangan buat apa? Lagi campur tangan lagi rumit keadaan. Syarikat KFC ada rules & regulation dan disiplinary board utk mengatasi isu ini.

      Pada zaman ini tidak hairan, jika ada nya sesuatu insiden di muat naik di FB atau youtube. Tetapi insiden ini di perbesarkan macam isu perkauman. Sudah lah. Muak dan jemu kita ada isu isu begini.
    • shan  •  Moscow, Russia  •  3 months ago
      Seriously......WTF does Malaysia politic ppl wants.One point they say they wan everyone to be together. Then when they have a chance.They will use as a chance to fire the opposition. U ppl r just a bloody leech finding a reason to make the ppl confused and fight among each other.In which at the end you ppl will benefit and ppl will live with hatred.

      I read one of the comment below by Reese.I totally agree with him/her. I used and still have Malay,Chinese and Indian fren who sits together in a simple mamak shop drink tea and share our live.Regardless all of us are staying abroad or in country.We will have a gathering and we share our food and drinks.We never looked at each other as a diff ppl.We all r human.Please bare that in your mind before you want to bring a racist issue.

      I really feel sory for those who have such racist mentality.I hope one day you will change.
    • Sebry  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Aku perhati betapa rapuhnya hubungan antara kaum di Malaysia. Sebenarnya bukan hubungan antara kaum je yang rapuh, sesama bangsa dan agama pun rapuh jugak. Semangat kejiranan almost 0. Semua penting diri, kejar duit. Tak sikit mak ayah pun tak kenal anak sendiri.... then are we still have our humanity in this capitalist world????
    • Ayien M  •  3 months ago
      Tapi secara logiknya mana ade orang marah tak tentu pasal jika bukan pelanggan tu berkata kepada pekerja KFC melayu bodohsecara kasar. My mother in law ade masa kejadian tu. Mmg lah KFC salah kerana kehabisan ayam tapi agak bengang bila pelanggan kata Melayu bodoh.
    • Eda  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      i pun pernah kena...baru pukul 9pm. KFC kat Alam Sentral dah kehabisan ayam...tats was a year back...i tak bising pun...instead i beli Mc D....
    • Wee  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      bodoh, psl ayam pon nk gaduh...
      lg bodoh org yg tokok tambah crita... mcm2 ak dngar ade yg mengunakan sentimen perkauman la itu la ini la... so skrg saksi dah bersuara... tak pyah la nk timbulkan isu perkauman sbgai platfom kt sni.... sama sama salah... 0 - 0 let bygone b bygone....
    • Ng  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      stupid n uncivilised incident... to prove men are mostly egoistic, irrational, high and mighty,have "i am always right" attitude...haha.. i hope both parties are 'proud' of themselves for what they have done..
    • JefferyA  •  Kapar, Selangor  •  3 months ago
      People fight because of chicken. Be vegetarian...
    • PakNiche  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      As I See It!
      Pekerja KFC telah terlatih dalam segenap hal berhubung dengan tugasan harian baik dindapur mahupun di kaunter perkhidmatan pelanggan sebagaimana juga dgn McD, Pizza Hut dan lain- lain lagi. Pergilah di mana-mana outlet KFC, rata-rata kita tengok semua pekerja KFC disetiap peringkat, lelaki dan perempuan yang 99.99%nya Melayu, lembut dan bersopan santun & 'cool' dalam berusan dgn pelanggan tak kira masa dan suasana. Jadi Khalid kena tengok senerio ni dulu sebelum mengeluarkan komen yang lebih memihak kepada DAP, kecuali kalau Khalid tidak suka dan tidak 'boleh' makan ayam KFC. Begitu juga dgn saksi yang cuba menjadi 'hero' yang kononnya utk menenangkan suasana atas semangat perpaduan 'yang dibuat-buat' dan lakonan semata-mata. Maka, berdasarkan lapuran yang di siarkan oleh semua akhbar perdana negara ini mengenai insiden di KFC i-City Shah Alam itu, adalah dirasakan baik adanya wakil dari pekerja yg terbabit itu membuat laporan Polis supaya kes tersebut disiasat dgn seadil-adilnya tapi jgn pulak ada suara-suara sumbang yang menuduh Polis telah bersekongkol dengan pekerja KFC sbb hasil siasatan pihak Polis tidak memihak mereka!
    • aniS.Kye  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Sudah-sudahlah isu kecik nak dibesar-besarkan. Tak nampak ke ni sume usaha nak pecah belahkan rakyat Malaysia? And yes, what does this has to do with those politicians? Kerajaan ke pembangkang ke same je. Yang kenyang dorang bukan rakyat.
      My abah has suffered from kidney failure for 17 years now and we've been struggling all those times without any help from neither government nor the opposition.
      Itu ke nama rakyat diutamakan? Dah-dah la. Nak muntah la.
    • Yanaziz Aziz  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      jangan gaduh gaduh banyak lagi makanan kat malaysia ni
    • Abdul  •  Kuantan, Pahang  •  3 months ago
      kalau parti DAP boleh terlibat,,,macamana dengan UMNO dan PAS,,,,,nampaknya isu ini menjadi satu isu dan dipolitikkan,,,,harap DAP jangan campur tangan,,,,ini kes terpencil aja cuma berlaku di kfc dan melibatkan dua kaum CINA dan MELAYU....jangan menjadikan ia berlarutan kerana dari titik inilah akan menyemarakkan isuisu lain,,,,media diharap jangan menangguk diair yang keruh,,,,
    • jeffry  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      saya tak faham kenapa mangsa tu tak melapor kepada polis serta merta????
    • Reese  •  Kapar, Selangor  •  3 months ago
      """""U r wat u Eat""".....

    Most Popular

    • 'It's the government that is immoral!'
      'It's the government that is immoral!'

      Tenaganita executive director Irene Fernandez today turned the tables by saying that it is the government who is "immoral" for threatening human rights defenders like her with the law.

    • KL traders plan two-day protest outside Ambiga’s house
      KL traders plan two-day protest outside Ambiga’s house

      KUALA LUMPUR, May 20 — A new group of traders based in the city now want to hold a two-day protest in front of Datuk Amibga Sreenevasan’s house over the loss of income due to the chaotic April 28 rally, despite previous protestors calling off further events at the Bersih chief’s home.

    • Samsung Galaxy S3: already close to 10 million pre-ordered
      Samsung Galaxy S3: already close to 10 million pre-ordered

      In the span of just a few days, Samsung has already received nine million pre-orders for its new smartphone, the Galaxy S3, according to an article in  Korea Economic Daily published Friday. Currently about a hundred carriers around the world, including T-Mobile and AT&T in the US and Vodafone in the UK are offering preorders for the phone. Its official release is scheduled for May 29.

    POLL
    Loading...
    Poll Choice Options