Intel semakin makin mantap walaupun telah cecah 40 tahun

Intel Over the Years

Pengeluar prosessor terbesar di dunia — Intel — baru-baru ini telah meraikan ulangtahun mereka yang ke 40 dalam pengeluaran cip prosessor. Pada tahun 1971, prosessor pertama Intel — 4004 — dikeluarkan di Amerika Syarikat untuk kegunaan industri elektronik.

Mikroprosessor, juga dikenali sebagai Central Processing Unit (CPU) ialah jiwa untuk semua komputer di dunia sekarang — tidak kira di rumah anda mahupun alatan elektronik anda. Mikroprosessor yang bekerjasama dengan yang lain pula menjadi jiwa raga pusat data, super-computer, dan alatan digital yang lain.

Seperti ketuhar gelombang mikro dan juga telefon, peranti dengan mikroprosessor terbina dalam sudah sebati dengan hidup kita semua, dan kita tidak boleh bayangkan hidup tanpa alatan yang menyenangkan hidup ini.

Jika kita lihat 60 tahun yang lalu, komputer jarang dijumpai dan tidak dimiliki oleh pengguna biasa. Hanya sekitar tahun 80an komputer mula memasuki rumah-rumah pengguna, dan terima kasih kepada mikroprosessor, mengubah gaya hidup kita buat selama-lamanya.

Dewasa ini, mikroprosessor moden boleh melakukan operasi yang complex di dalam bidang-bidang seperti meterologi, penerbangan, fizik nuclear dan kejuruteraan. Di dalam masa yang sama, ianya tidak mengambil ruang yang besar, dan juga memberikan prestasi yang hebat.

Sepanjang 40 tahun yang lepas, mikroprosessor telah menjadi lebih murah dan mampu dimiliki oleh semua orang, disamping menjadi lebih kecil dan kompak setiap tahun.

Proses pembuatan CPU amat kompleks, dan membabitkan beratus langkah-langkah yang perlu diambil dengan teliti di dalam "bilk bersih' yang bebas dari debu dan habuk kecil.  Bilik-bilik ini mempunyai udara 1000 kali lebih bersih daripada bilik pembedahan hospital. Kos untuk membina satu kilang yang dilengkapi dengan bilik-bilik bersih ini ialah sekitar USD$5 billion. Banyak duit tu!

Adakah anda tahu bahawa:

-          ... prosessor Intel 4004 pada awalnya direka untuk digunakan di dalam kalkulator? Kemudiannya ianya digunakan untuk mengawal mesin seperti peti sejuk dan lif. Menakjubkan bukan?

-          ...maksud Intel ialah 'Integrated Electronics'?

-          ... nama asal Intel sepatutnya ialah Moore Noyce, dari nama Gordon Moore dan Bob Noyce, tetapi di-veto kerana ianya bunyi seperti 'more noise'?

-          ... Gordon Moore ialah pengasas 'Moore's Law' yang menyatakan bahawa jumlah transistor akan berganda setiap dua tahun? Ini akan membolehkan pengeluar komputer untuk membina PC yang lebih berkuasa dan murah.

-          ... prosessor Ivy Bridge, prosessor Intel Core generasi seterusnya akan mempunyai 1.48 bilion transistor? Prosessor pertama Intel hanya mempunyai 2,300 transistor sahaja!

-          ... Paul Otellini, CEO Intel meramalkan bahawa 31 bilion peranti di dunia ini akan mempunyai mikroprosessor terbina dalam?

-          ... prosessor diperbuat daripada silikon, yang juga bahan utama pasir?

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.