Malaysia Elections 2013

Ismail Sabri enggan jawab sama ada akan ambil tindakan terhadap YGP

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan, dan Koperasi (KPDNKK) dilihat enggan menjawab pertanyaan ahli Parlimen pembangkang sama ada akan mengambil tindakan terhadap YGP Holdings Sdn Bhd kerana tidak menghantar laporan kewangan mereka - sama seperti kesalahan dilakukan Suara Inisiatif Sdn Bhd.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob seakan-akan mengelak apabila ditanya adakah kementeriannya akan mengambil tindakan sama terhadap YGP Holdings, seperti yang dilakukan kementerian itu kepada Suaram.

"Kita tiada membezakan antara mana-mana syarikat ... kita akan siasat sekiranya ada aduan.

"Soal syarikat lain, kita siasat dan ambil tindakan, lebih kurang 200 syarikat, bezanya syarikat ini orang heboh, syarikat lain orang tak heboh," katanya (gambar) menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Bagaimanapun, apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar cuba meminta kepastian kementerian akan ambil tindakan terhadap YGP dan juga NFCorp, Ismail hanya berkata; ".... YGP ke,  kalau tak "compliant" sila maklumkan kepada kita."

Beliau turut berkata, sekiranya ada mana-mana syarikat melanggar Akta Syarikat, kementeriannya akan mengambil tindakan.

"Kita ambil tindakan kerana berdasarkan Akta Syarikat itu salah.

"Kita tidak membezakan mana-mana syarikat, bagi senarai kepada kita, InsyaAllah kita ambil tindakan," kata Ahli Parlimen Bera itu lagi.

Dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Batu, Tony Pua berkata, antara syarikat yang melanggar Akta Syarikat 1965 kerana tidak menghantar penyata kewangan adalah YGP Holdings, yang dimiliki oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bersama Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai pengarah, tidak mengemukakan penyata kewangannya sejak 31 Disember 2006.

Sementara itu, National Feedlot Corporation (NFCorp) jelas Pua juga turut dinyatakan melanggar akta itu kerana tidak mengemukakan penyata kewangannya sejak 31 Disember 2009.

Pua turut menjelaskan, tindakan kementerian KPDNKK mengambil tindakan terhadap Suaram hanyalah sebagai "agenda politik" Barisan Nasional (BN).

"Beliau gagal mengambil tindakan terhadap lima syarikat berkaitan Umno ... menteri perlu memberi penjelasan beliau tidak mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat itu, tapi kepada Suaram," kata Pua.

 

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.