Malaysia Elections 2013

Istilah ‘kafir harbi’ sangat bahaya, menghalalkan darah orang DAP, kata Khalid

Oleh Mohd Farhan Darwis

SHAH ALAM, 16 Ogos — Penggunaan istilah “kafir harbi” dalam laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia minggu lalu yang menyifatkan adalah haram menyokong DAP jelas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad, adalah  sangat berbahaya kerana ia diibaratkan menghalalkan darah orang DAP.

“Istilah ini sangat bahaya kerana ia seumpama menghalalkan darah orang DAP,” jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu kepada pemberita di pejabatnya hari ini. “Ini kerana kafir harbi ini adalah golongan kafir yang menentang Islam.”

Menurut Khalid (foto fail), kenyataan itu jelasnya adalah “kenyataan bodoh dan tidak layak dikatakan oleh mereka yang beragama”.

Akhbar Umno Utusan Malaysia minggu lalu telah menemubual seorang pengasas sekolah agama Pondok Geting, Tumpat, di Kelantan, dan Abdullah Sa’amah mengatakan adalah haram menyokong DAP kerana parti itu menolak hukum Islam.

Sehubungan itu, Khalid menjelaskan, PAS Selangor menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan juga seharusnya menegaskan pendirian mereka berhubung kenyataan itu.

Malah, Khalid turut menegaskan agar Majlis Fatwa turut mengeluarkan fatwa khusus yang  menyeru umat Islam supaya memilih parti yang perjuangkan asas Islam.

“Amat wajar supaya umat Islam menyokong parti yang berpolitik berdasarkan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Sallehan Mukhyi, berkata DAP merupakan pertubuhan yang sah dan diizinkan bergerak melalui sistem demokrasi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kami tidak pelik jika DAP atau mana-mana orang bukan Islam termasuk MCA dan MIC menentang hudud kerana mereka tidak memahami hudud dan mereka bukan beragama Islam,” katanya lagi.

“Tetapi kami pelik jika UMNO yang kononnya menjadi parti umat Islam juga menolak hudud.”

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Chinese business boycott will hurt Malay consumers, says ex-MIER director The Malaysian Insider
    Chinese business boycott will hurt Malay consumers, says ex-MIER director

    KUALA LUMPUR, May 20 — The call to boycott Chinese businesses is a double-edged weapon, former Malaysian Institute of Economic Research executive director Datuk Dr Ariff Abdul Kareem said today, explaining that the campaign would also end up hurting Malay consumers through deprivation of their daily needs.

  • Utusan: Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Osman Rani minta maaf The Malaysian Insider
    Utusan: Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Osman Rani minta maaf

    KUALA LUMPUR, 19 Mei — Harga iklan syarikat penerbangan AirAsia lebih murah daripada iklan-iklan kecil yang lain, kata Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini, serta menggesa ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani, meminta maaf.

  • Voting denial proves phantom voters, integrity of ICs in doubt, says Rafizi The Malaysian Insider
    Voting denial proves phantom voters, integrity of ICs in doubt, says Rafizi

    PETALING JAYA, May 20 — PKR’s Rafizi Ramli today offered evidence of phantom voters, which he alleged was widespread fraud that could potentially “discredit” the recently-concluded general election, besides putting the integrity of Malaysia’s identity cards (IC) in doubt.

  • Dua termasuk anggota polis cedera ditetak di balai polis Bernama

    SEGAMAT, 18 Mei (Bernama) -- Dua lelaki termasuk seorang anggota polisPasukan Gerakan Am Batalion Keenam, Bakri, Muar, cedera setelah diserang limalelaki bersenjata parang di kawasan Balai Polis Labis di sini hari ini.Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukaimi berkata dalam kejadiankira-kira pukul 11 pagi itu, anggota polis berkenaan mengalami kecederaan parahdi bahagian kepala, kaki kanan, dan anggota tubuh badan, manakala rakannya hanyamengalami cedera ringan. ...