Malaysia Elections 2013

Isu ‘bapa kafir’: Nik Aziz saman NST RM1 juta

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada mereka yang terlibat dalam penyiaran artikel yang mendakwa dirinya sebagai bapa kafir dalam akhbar The New Straits Times (NST).

Beliau (gambar) dijangka akan memfailkan saman itu pada minggu hadapan kepada editor dan tiga wartawan syarikat penerbitan akhbar The New Straits Times Press Holdings (NSTP), dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor, dengan tuntutan penyelesaian di luar mahkamah sebanyak RM1 juta.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak mengemukakan permohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Dipetik Harakahdaily, Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi  berkata, dokumen untuk tindakan tersebut telahpun siap dan saman itu dijangka akan difailkan Isnin depan.

"Minggu depan kami akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

NSTP dan Rahim telah diberi tempoh 24 jam untuk mengemukakan permohonan maaf, bagaimanapun, kedua-dua pihak gagal menarik balik kenyataaan tersebut dan mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan itu, sebaliknya, Rahim menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan tersebut.

Antara penama yang dinyatakan dalam saman tersebut adalah Ketua Editor NST serta tiga wartawan yang terlibat dengan penulisan berita tersebut, iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.

 

MORE ELECTION STORIES

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

PARLIAMENT SEATS: FINAL TALLY

                                                   
PARLIAMENT
BNPROthers
   
133890
   
222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds