ISU HUDUD, ISLAM: KARPAL SINGH MULAKAN PROSIDING FITNAH TERHADAP NASHARUDIN

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Karpal Singh memulakan prosiding fitnah

terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS itu

berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah

menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam,"

katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa Nasharudin mempersoal pakatan

politik PAS dengan pihak yang ''menentang Islam''.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya

menentang hudud, malah Islam".

Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata

kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan PAS.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah ''ikan bilis'' dalam PAS dan kenyataan

beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak

mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin,"

katanya.

-- BERNAMA

MAM MAM SBB

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.