Malaysia Elections 2013

Isu Hudud menunjukkan BN terdesak politik, kata Anwar

Oleh Lisa J.Ariffin

KUALALUMPUR, 25 Ogos — Tindakan memainkan isu negara Islam dan hukum hudud secara berterusan oleh media Barisan Nasional (BN) adalah percubaan terdesak  untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap rasuah dan salahguna kuasa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini.

Ketua pembangkang hari ini menggambarkan usaha parti pemerintah BN untuk memainkan isu perkauman dan agama dalam media yang dikawal Umno sebagai “cubaan keji untuk mengugut dengan hasutan agama dan persengketaan etnik “ yang dibuat dalam keadaan politik terdesak menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menegaskan PR komited kepada prinsip-prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Dasar PR dan Buku Jingga kekal utuh menjelaskan penyata dasar dan prinsip-prinsip tadbir urus kami, “kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan; Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedaulatan raja-raja Melayu bersama-sama dengan kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera dan hak-hak kaum lain seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

“Tentang syariah, hudud dan negara Islam, kami mengiktiraf dan menghormati perbezaan pandangan dan pendirian parti komponen PR.”

Anwar menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan permainan “politik terdesak dan intimidasi” BN serta menilai situasi dengan matang sebelum membuat keputusan.

“Dalam keadaan ini PR akan terus berpegang kepada prinsip universal tentang keadilan, pentadbiran baik, akauntibiliti, ketelusan dan kompeten dalam rangka untuk mencapai kebaikan demi rakyat,” katanya.

“Kita harus fokus dengan agenda untuk perubahan. Kita harus meningkatkan daya saing, pendapatan rakyat, kualiti pendidikan, kemudahan kesihatan dan perlu menyemak peningkatan kos yang membebankan rakyat.”

Bekas perdana menteri dan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih mempunyai pengaruh kuat telah berkata bahawa PAS perlu sedar mereka akan lebih berjaya menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud jika mereka menyertai Umno.

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.