JALAN SEKITAR DATARAN MERDEKA DITUTUP SECARA BERPERINGKAT DARI 27 OGOS

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Beberapa jalan utama di sekitar Dataran

Merdeka di sini akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ulang tahun

Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini.

Menurut laman Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini, penutupan jalan akan

dibuat secara berperingkat bermula pukul 6 pagi pada 27 hingga 31 Ogos bagi

tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar.

Jalan-jalan terbabit akan dibuka semula setelah acara berkenaan selesai.

Jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Travers/Jalan Damansara; Jalan

Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara); Jalan Lembah/Jalan Perdana

(Masjid Negara); Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah; Jalan Tembusu/Jalan

Lembah; Jalan Cenderasari/Jalan Perdana dan Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman.

Turut terlibat Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin; Jalan Raja/Jalan

Hishamuddin; Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin; Jalan Leboh Ampang/Jalan

Tun Perak; Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen; Jalan Parlimen/Jalan Raja

Laut; Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman; Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang

Wangi; Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman; Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan

Mahkamah Persekutuan dan Jalan T.A Rahman/Jalan Raja.

Tiada penutupan jalan terlibat bagi acara Perhimpunan 55 Tahun Merdeka:

Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang akan bermula pada pukul 4

petang dan dijadual tamat sekitar 12.30 tengah malam.

Bagaimanapun, polis menjangka kesesakan di beberapa jalan di sekitar

stadium.

-- BERNAMA

SAH HS NM

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.