JUALAN MURAH: WAJIB PAMER HARGA LAMA, HARGA BARU

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Peniaga yang ingin membuat jualan murah

mesti meletakkan dua harga iaitu harga asal dan harga baru bagi mengelakkan

penipuan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata peniaga yang menipu dan tidak mengikut syarat jualan

murah seperti ditetapkan akta itu, boleh dihukum denda antara RM500,OOO hingga

RM1 juta untuk kategori pertubuhan.

Untuk kategori perseorangan pula, mereka boleh didenda tidak lebih RM250,000

atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

"Berdasarkan Akta Perihal Dagangan, harga asal adalah bukti jualan semasa

enam bulan lepas. Manakala harga baru pula khas dikeluarkan semasa musim

perayaan," katanya selepas melawat ke sebuah pasar raya di sini hari ini.

Beliau berkata sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini, kementerian

mengenalpasti 118 kes daripada 88 aduan mengenai penipuan jualan murah

membabitkan rampasan barangan bernilai hampir RM250,000.

"Saya banyak terima aduan melalui twitter, facebook, chat online dan portal

kementerian.

"Antara aduan ialah kurang yakin dengan jualan murah itu benar-benar murah.

Ada yang mendakwa harga itu sengaja dinaikkan kemudian dipotong untuk jualan

murah dan sebagainya," katanya.

-- BERNAMA

FZL MOK SN

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • 'GST will burden every M'sian by RM1,000 a year' Malaysiakini
    'GST will burden every M'sian by RM1,000 a year'

    Every Malaysian will be burdened by an extra RM 1,000 a year should the government impose a seven percent Goods and Services Tax (GST) rate, Penang Chief Minister Lim Guan Eng has said.

  • Pathmanabhan, tiga pekerja ladang ke tali gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga individu lain Bernama

    SHAH ALAM, 23 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapatibekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuhjutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahunlepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawapihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan danR.

  • ‘Haram’ to topple government through violence, repeats Fatwa Council The Malaysian Insider

    NILAI, May 22 – The National Fatwa Council reiterated a “fatwa” declaring demonstrations and rallies to topple government through violence as “haram” (forbidden) yesterday, becoming the latest Islamic body to comment on the issue.

  • Crackdown begins! The Malaysian Insider
    Crackdown begins!

    KUALA LUMPUR, May 23 ― Batu MP Chua Tian Chang, activist Haris Ibrahim and PAS’s Tamrin Ghafar were arrested for sedition today and brought to the Jinjang police station for questioning, according to reports.

  • CUEPACS jangan jadi pertubuhan perkauman, kata DAP The Malaysian Insider
    CUEPACS jangan jadi pertubuhan perkauman, kata DAP

    Oleh Md Izwan