Malaysia Elections 2013

Kabinet tidak bantah PKFZ, kata Dr Mahathir kepada mahkamah

Oleh Ida Lim

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuat apa-apa aduan jenayah mengenai Kabinet ditipu di dalam meluluskan pembelian tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang telah mengakibatkan kerugian kepada kerajaan, kata bekas Perdana Menteri (PM) itu kepada Mahkamah Tinggi hari ini.

Dr Mahathir, yang merupakan PM ketika projek itu diberikan restu, hari ini telah hadir sebagai saksi untuk Tun Dr Ling Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan yang sedang dibicarakan kerana menipu Kabinet.

“Saya tidak ingat apa-apa bantahan serius (dari mana-mana anggota Kabinet) kerana semua sangat berminat untuk mengadakan projek ini,” katanya kepada peguam Dr Ling, Wong Kian Kheong.

Apabila ditanya jika beliau atau mana-mana ahli-ahli Kabinet beliau telah membuat laporan polis untuk mengadu tentang ditipu, dia menjawab: “Tidak.”

Beliau juga menyatakan bahawa seorang anggota polis memberitahunya jika penyiasat mengambil kenyataan beliau terlebih dahulu, Dr Ling tidak akan didakwa dengan apa-apa jenayah.

Dr Ling didakwa pada 2010akan tetapi Dr Mahathir mengatakan kenyataan beliau kepada polis adalah sepanjang dua tahun ini.

Dr Ling berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan dari January 1986 sehingga May 2003.

Pendedahan kajian kedudukan oleh firma perkaunan terkenal PricewaterhouseCoopers (PwC) pada 2009 bahawa kos untuk membayar hutang boleh mencecah RM12.5 bilion.

Semenjak Disember 2009, enam individu sudah didakwa di mahkamah termasuk bekas presiden MCA Dr Ling dan bekas menteri pengangkutan selepasnya dan timbalan presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy.

Kedua-dua dituduh menipu Kabinet.

Dr Ling turut menghadapi dua dakwaan alternatif menipu Kabinet sehingga percaya terma pembelian — RM25 sekaki persegi dicampur dengan faedah sebanyak 7.5 peratus — diketahui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun mengetahui tiada sebarang perjanjian.

Beliau menghadapi kemungkinan dipenjara selama tujuh tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan dengan pertuduhan pertama dibawah seksyen 418 Kod Jenayah.

Pertuduhan alternatif pula hukumannya lebih ringan lima tahun penjara, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dr Mahathir akan hadir lagi ke mahkamah pagi esok.

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

Loading...