Dimensi: 95.2 x 56.5 x 18.3 mm
Sensor: 16.1MP
Paparan: 3-inci TFT LCD, 1.5-inch TFT LCD (depan)
Storan: 16MB, microSD, microSDHC, microSDXC
Sambungan: USB 2.0
Nilai: 9/10
Ciri-ciri: 9/10
Prestasi: 7/10
Rekaan: 7/10
Penggunaan: 8/10
Hasil Ujian: Sesuai untuk keluarga dan remaja
Skor: 8/10
Diperkenalkan sebagai generasi kedua kamera dwi-pandangan dari Samsung, DV300F bolehlah dikatakan satu kamera yang amat bagus. Ia direka khusus bagi mereka yang suka mengambil gambar diri sendiri, dan sememangnya produk ini melakukannya dengan baik sekali
Pakej
Samsung tidak memberikan banyak benda bersama dalam kotak dengan kamera ini. Di dalam kotak anda akan dapati tiada dokumentasi atau cd pemandu. Namun begitu ini mungkin bagi menolong menjaga alam sekitar dengan mengurangkan kertas dan plastik, dan secara betul, siapa sangat yang baca dokumentasi. Namun jika anda mahu membacanya ia boleh dimuat turun dari laman Samsung
Muka Depan
Apa yang membuatkan DV300F agak menarik adalah LCD paparan hadapan yang amat penting jika anda suka mengambil gambar diri sendiri. Skrin di hadapannya agak tersembungi di belakang cesi besi dan jika anda tak tau ia di sana, anda mungkin tidak akan menjumpainya. Skrin hadapan ini hanya bersaiz 1.5 inci secara merentang jadi ia hanya berguna untuk melihat adakah semua orang masuk di dalam gambar atau tidak.
Kawalan Dari Jauh
Kamera ini boleh menggunakan WiFi dan mempunyai beberapa ciri — ciri menarik. Ia dapat disambungkan ke telefon pintar atau tablet menggunakan WiFi. Ini membolehkan anda memindahkan gambar tanpa wayar. Ia juga boleh dikawal menggunakan telefon pitar atau tablet. Walaupun agak kasar namun aplikasi ini boleh digunakan untuk mengambil gambar dan zum. Kami rasa ia tidak akan mengambil masa yang lama bagi fungsi ini disalahgunakan nanti
Pilih Mod Facebook!
Walapun anda tak perasan, namun di sebalik kesemua fungsi yang canggih manggih ini ia tetap satu kamera yang bagus, tapi itu sajalah baginya. Sensor mengambil masa yang agak lama bagi fokus namun bukan menjadi masalah selepas penggunaan yang kerap. Untuk menolong anda mengambil gambar yang menarik untuk laman sesawang sosial, ada beberapa gimik gambar yang boleh dipilih seperti fplitshots, frames dan juga Jumpshots
By 
