Kamera Kemana Sahaja – Betapa pentingnya untuk membawa kamera sentiasa untuk menangkap memori

Sungguh cantuk bukan?

Kamera: Olympus E-PL3
Kelajuan ISO: 200
F-Stop: f/3.2
Jarak Fokal: 17mm
Eksposur: 1/100

Bagi saya, perkara paling penting jika anda memliki sebuah kamera ialah cara  untuk menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Jangan tinggalkan kamera anda berdebu terbiar di dalam almari, di ceruk entah mana-mana dalam rumah anda. Jika anda keluar berjalan, bawa kamera anda bersama sebab ia sangat penting— anda tidak tahu apa yang anda bakal rakam dengan kamera anda. Mungkin sesuatu yang bersejarah dan bernilai.

Bak syurga di dunia

Kamera: Olympus E-PL3
Kelajuan ISO: 200
F-Stop: f/9
Jarak Fokal: 17mm
Eksposur: 1/800

Saya telah ke Bali baru-baru ini, dengan membawa kamera Olympus E-PL3 dan lensa 45mm f/1.8 mereka yang baru. Di sana saya telah mengunjungi beberapa lokasi terkenal Bali dan sempat mengambil gambar dengan kamera yang saya bawa.

Disebabkan kamera ini kecil, ramai orang tidak terlalu kisah dengan saya mengambil gambar mereka kerana saya tidak tampak menakutkan berbeza dengan kamera DSLR yang besar. Akan tetapi kualiti gambar saya tetap bagus dan lensa f/1.8 ini adalah lensa terbaik di dalam siri lensa Olympus Micro Four Thirds.

Kecak kecak kecak kecak kecak…

Kamera: Olympus E-PL3
Kelajuan ISO: 1600
F-Stop: f/4
Jarak Fokal: 45mm
Eksposur: 1/500

Sempat juga saya ke Uluwatu untuk melihat tarian Kecak — satu lokasi pelancongan yang perlu dilawati jika anda mengunjungi Bali untuk menghayati budaya penduduk tempatan. Di samping itu,singgah jugalah ke pantai — Legian atau Kuta — tak kisah yang mana satu anda pilih, pastinya pandangan matahari terbenam di pulau bak syurga ini memang mengasyikkan — saya pasti anda ingin kembali lagi.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.