Olympus Tough TG-620
Dimensi: 98.4 x 65.9 x 21.9 mm
Berat: 167g
LCD: 3.0-inch TFT LCD
Lensa: Olympus 5.0 to 25.0 mm, f3.9 to 5.9
Saiz Piksel: 12 juta
Nilai: 9/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 9/10
Rekaan: 8/10
Penggunaan: 10/10
Hasil Ujian: Kamera bagus bagi mereka yang selalu keluar kemana sahaja
Sebab Majalah Tech Sukakannya: Amat teguh
Skor: 8.8/10
Apabila satu pengeluar mencipta gajet yang lain dari yang lain, selalunya rekabentuk yang cantik akan dipandang remeh. Sebab itulah kita selalu mendapati peranti yang dijual kelihatan seperti batu bata dari segi bentuk dan juga ketahanannya. Tapi kadang-kadang ada bagusnya ia dicipta sedemikian…
Kamera ke batu?
Seperti namanya, TG-620 Tough memang kelihatan "tough" atau kukuh. Rekaannya berbentuk ala-ala besi yang menampilkan kemasan seperti kereta kebal. Garisan pada kamera ini nampak tebal dan kemas, memberikannya rupa yang benar-benar mantap. Tapi timbul satu masalah di mana rupa kamera yang nampak kukuh ini amat susah untuk dipegang jika kamera tersebut berada dalam keadaan basah.
Seperti plastik
Walaupun kasing TG-620 kelihatan kukuh namun tidak begitu pada rekaan butang yang ditetapkan. Ia terasa seperti plastik murah yang agak mencacatkan kamera ini. Apabila menekan menu, anda akan mendapati butangnya seakan mahu tercabut keluar saja!
Gambaran di kepala
Ujian sebenar bagi kamera ini adalah keupayaannya untuk mengambil gambar. Bagi yang asas, TG-620 berfungsi dengan amat baik. Ia dapat mengambil gambar potret dan dengan fungsi tambahan di dalam kamera ini dapat membaiki lagi gambar anda yang anda rasa tidak berpuas hati kalau melihatnya selepas rakaman pertama. Ia dapat membaiki ton warna and beberapa lagi perubahan kecil. Ini penting kerana TG-620 dapat menangkap segalanya dengan terperinci walaupun di tempat yang gelap. Selain itu juga TG-620 mempunyai kawalan makro yang amat baik. Walaupun tidak berbunyi penting namun ia berguna ketika dibawa mendaki.
Storan dalaman
TG-620 mempunyai satu fungsi yang menari iaitu storan dalaman. Walaupun tiada informasi mengenai berapa besar storan dalaman kamera ini manual kamera ini memberikan senarai berapa banyak gambar yang boleh disimpan di dalamnya. Ia berguna jika kad SD anda penuh atau anda terlupa kad SD yang tertinggal di rumah.
By 