Kamera Panasonic Yang Cilik Dengan Drestasi Tinggi Sedia Untuk Kaum Hawa

Jeff Lee, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia (tiga dari kiri) di atas pentas semasa pelancaran GF5

Panasonic telah mengumumkan sistem kamera berlensa digital yang boleh ditukar ganti baharu iaitu LUMIX DMC-GF5 yang turut memenangi anugerah Panasonic Siri G untuk kamera digital.

Dengan rekabentuk bergaya dan sofistikated ,sensor Live MOS 12.1 megapiksel dan Enjin Venus LUMIX GF5 yang direkabentuk semula , berciri badan ringan serta flash terbina-dalam dan genggaman bergetah akan memudahkan pengguna berasa selesa apabila mengendalikan kamera dengan sebelah tangan sahaja.

"Ia mempunyai ciri autofokus berkelajuan tinggi terpantas di dunia dengan skrin LCD boleh sentuh, penapis yang diperbaharui dengan tab kawalan kreatif. Yang paling menakjubkan ialah ciri panduan situasi yang boleh membimbing pengguna merakam foto seperti seorang jurugambar professional," kata Jeff Lee, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.

"Panasonic menjangkakan bahawa LUMIX GF5 dapat mengajak peminat foto dan jurufoto muda terutamanya pengguna wanita yang mencari pembaharuan daripada kamera point-and-shoot" tradisional".kata Harry Sasaki, Pengarah Pemasaran Panasonic Malaysia Sdn Bhd.

Sasaki menambah, "Dengan pasaran sebanyak 35% untuk kamera siri G, kita yakin dapat mencapai sekurang-kurangnya 40% tahun ini dengan kempen Photonista dan L.u.V secara agresif yang akan dilancarkan dalam bulan Jun untuk promosi kamera siri G. Fokus kami ialah berdasarkan "value up marketing" bagi siri G dan perniagaan lensa serta kamera kompak berkualiti tinggi."

LUMIX DMC-GF5 boleh didapati dalam warna hitam, keemasan, coklat, merah dan putih dari harga  RM2599 mulai sekarang.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.