Kamera Sony NEX-7

Kamera Sony NEX 7
Bagi mereka yang inginkan gabungan kelajuan dan gaya dicampur prestasi dan kawalan pada kamera, anda boleh terus memilih Sony NEX-7, sebabnya? Ia datang dengan saiz sensor APS-C yang besar untuk menghasilkan imej yang hebat dan berkualiti tinggi. Kamera tersebut mempunyai rakaman masa AF terpantas iaitu 0.02 saat dan cukup berkelajuan tinggi untuk menetapkan kemasukan cahaya terus ke kamera. Semuanya ditonjolkan dalam sensor CMOS 24.3 megapiksel Exmor APS HD (saiz APS-C) yang menjadikan kamera mampu menghasilkan kualiti imej yang hebat beroperasi dalam hampir apa-apa keadaan pencahayaan sekalipun. Malah, terdapat teknologi yang meningkatkan kepekaan dalam keadaan cahaya rendah dan menguatkan kesan fokus. Ciri-ciri TRINAVI pada NEX-7 pula membolehkan tetapan kamera yang lebih cepat dan lebih intuitif. Dengan butang navigasi dan tiga butang mudah diakses, anda tidak akan pening kepala melihat butang menu yang terlalu banyak.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.