Kamu Pasti akan Sakit Hati – HP Envy 4

Dimensionsi (HxWxD): 340 x 235 x 1.9 mm
Berat: 1.75kg
Prosessor: Intel core i5-3317U
Memori: 4GB 1600mhz DDR3
Storan: 500 GB 5400 rpm + mSSD 32GB
Sistem Operasi: Windows 7
Paparan: 14-inch HD Brightview LED-backlit Display
Grafik: 2GB AMD Radeon HD 7670M
Ports: 2x USB 3.0, USB 2.0, HDMI, VGA, RJ45

Nilai: 10/10
Ciri-ciri: 9/10
Prestasi: 10/10
Rekabentuk: 9/10
Penggunaan: 10/10

PCmark: 3749
3Dmark: P1186
Powermark: 3 Hours 42 Minutes

Hasil Ujian: Terasa macam nak beli.
Skor: 9.6/10

Saya mempunyai peluang untuk menguji Envy 14 Spectre yang pertama. Ia mengajar saya banyak perkara, salah satunya adalah kaca adalah satu benda yang berat dan tak sesuai bagi Ultrabook. Envy 4 adalah satu penambah baikan yang besar kalau dibandingkan dengan Envy 14

Rekaan Menarik

Gajet yang direka bagi nampak lawa adalah satu benda yang saya benci. Ia tak efisyen, dan mementingkan gaya. Jurutera faham akan ini, tetapi selalunya pemasaran tidak. Spectre yang asal adalah mangsa keadaan sebegini. Walaupun nampak bergaya, ia terlampau berat kerana terlalu banyak kaca digunakan. Oleh itu bagi Spectre 4 kaca diminimakan hanya kecuali perlu. Ia bagaikan seekor paus telah menguruskan badannya, dan sekarang Spectre adalah satu komputer yang bagus. Walaupun ia masih agak berat tapi ini mungkin kerana kad grafik diskrit yang digunakannya. Apa – apapun ia masih kelihatan seperti Ultrabook

Benda Yang Kecil

Ada beberapa benda kecil yang disukai dan dibenci pada Envy. Pad sentuhnya mempunyai fungsi bagi memadamkannya, dan ianya pad itu sendiri. Dari pertama sekali saya mendapat Envy 4, saya merasakan yang permukaan aluminium pada atasnya memberikan gaya yang tersendiri dan tidak nampak membosankan. Tapi tak sampai 5 minit kemudian saya dapati yang ia tak menyukai jari yang berminyak. Pertama kali benda ini berlaku pada saya.

Spesifikasi Berkuasa

Dari segi dalaman pula Envy 4 adalah bagai raksasa bertopengkan gadis lawa. Ia memang amat berkuasa. Dari segi kelasnya, saya rasakan ia mempunyai masa boot yang terpantas. Dan untuk perbandingan, ini termasuk juga dengan tablet dan telefon terbaik yang pernah saya guna. Walaupun begitu saya rasa lebih baik ujian tanda aras digunakan bagi mendapatkan nilai sebenar mesin sebegini. Dari segi itu, memang, Envy 4 ini amat istimewa terutama dari segi pemprosesan dan juga grafik. Hayat bateri adalah agak biasa tapi kalau nak dikira ini boleh dijangka dengan spesifikasi yang sebegini.