Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Keberanian untuk takut

    16 JAN — 901 telah seminggu berlalu dan keputusan penghakiman yang membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat disambut baik seluruh warga Malaysia baik secara terbuka di lapangan parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta mahupun secara tetutup di lokasi-lokasi lain. Tambah menarik, Anwar Ibrahim sempat menjadi trending di laman kicau twitter di Australia, United Kingdom, Hong Kong, Indonesia dan pastinya Malaysia. Namun ada juga puak yang tidak bergembira iaitu pembenci Anwar Ibrahim yang mana profil mereka merentas parti politik, bangsa, agama, usia dan lokaliti, dan mereka punya alasan-alasan tersendiri.

    Analisa atas keputusan penghakiman ini dan impak jangka masa singkat dan panjang telah banyak diulas di media arus perdana dan alternatif dan saya tidak berniat untuk mengulas tentang hal yang sama. Cumanya di sini saya ingin berkongsi pemerhatian saya tentang hal yang tidak bersangkut langsung dengan 901, tetapi punya pertalian tidak langsung tentang karakter bersama yang dimiliki rakyat Malaysia iaitu suatu keberanian yang dimiliki segenap sektor dan lapisan yang menurut saya bersifat negatif dan berlawanan dengan semangat dan hasrat murni agenda rakyat. Keberanian yang saya maksudkan adalah keberanian untuk merasa takut dan terus ditakut-takutkan.

    Sebelumnya, saya ingin menjelaskan bahawa agenda rakyat yang dimaksudkan dan wajar diangkat seluruh rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

    ● pengukuhan demokrasi ke arah yang lebih telus dan tulen

    ● mewujudkan demokrasi langsung di tingkat local

    ● kebebasan berekspresi

    ● menjunjung tinggi Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang

    ● mengukuhkan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa

    ● mewujudkan sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil

    ● mewujudkan keadilan sosial bersama-sama ekonomi yang mapan dan adil

    ● menghormati keragaman pandangan.

    Agenda rakyat ini menurut saya wajib dibenahi dan difahami dengan serius supaya ia tidak sekadar agenda yang lunak pada perkataan tetapi tidak pada isinya. Siapapun yang membawa agenda ini wajib kita berikan dukungan dan kita kemudi sebaik-baiknya supaya semangatnya merentasi parti politik untuk ia tetap relevan selama-lamanya kerana hakikatnya parti politik akan datang dan pergi. Meskipun begitu menidakkan peranan mereka membabi buta juga tidak menguntungkan negara di dalam jangka masa dekat dan panjang, maka itu pragmatisme dalam mencapai matlamat harus digunapakai.

    Anehnya agenda rakyat seperti ini cukup ditakuti, dibimbangi dan dibenci segelintir rakyat Malaysia yang diterjemahkan melalui rasa takut mereka di laman media sosial dan borak-borak di kedai mamak. Tambah aneh agenda ini dipercayai oleh mereka didalangi sebuah pakatan parti-parti politik yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat yang saban hari dibalun di media arus perdana mesra kerajaan sebagai pengkhianat dan pembawa kehancuran di Malaysia.

    Fakta yang menyatakan bahawa agenda ini turut dibawa masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan tidak pernah diperhalusi dan difikirkan akal murni mereka. Jelas ketakutan dalam semua hal sudah meresap kuat baik ketakutan berfikir, ketakutan bertanya, ketakutan membaca, apatah lagi ketakutan beraksi dan bertindak.

    Menakjubkan lagi adalah agenda rakyat seperti ini ditakuti akan mengancam ketuanan Melayu Islam Malaysia yang sejak azali katanya adalah hak mutlak yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa. Jelas ketakutan puak-puak ini sangat merbahaya kepada kelanjutan Malaysia yang lebih baik dan progresif.

    Keruntuhan Umno-BN

    Menurut pandangan para sarjana, perkembangan kerajaan dan faktor-faktor jatuh bangun sesebuah kerajaan terbahagi kepada beberapa teori. Teori-teori yang sering diketengahkan adalah teori irama (rhythmic theory), teori kitaran (cyclical theory), teori linear (linear theory), teori pertembungan/pertentangan peradaban (the clash of civilizations) dan teori pendekatan psikologi/ketuhanan.

    Pada pandangan saya, teori kitaran lebih mirip untuk terjadi di Malaysia kerana menurut pengemuka-pengemuka teori ini, sesebuah kerajaan akan bergerak seperti kitaran atau putaran yang melalui beberapa peringkat perkembangannya. Ruang lingkup perkembangan peradaban itu dimulakan dengan peringkat pengasasan, kemajuan dan kegemilangan, dan akhirnya kepada peringkat kemerosotan serta keruntuhan. Kekosongan itu akan diambilalih oleh sebuah kerajaan yang lain. Kerajaan baru itu akan mengikut pola yang serupa seperti kerajaan sebelumnya. Dua sarjana yang melihat perkembangan peradaban melalui cara sebegini ialah Ibn Khaldun dan Malik Bennabi.

    Namun begitu, persoalan paling besar adalah seberapa siap ejen-ejen perubah di Malaysia untuk menghilangkan rasa takut mereka untuk menjadikan teori kitaran ini suatu realiti di peringkat kerajaan persekutuan?

    Berani takut

    Jika kejatuhan rejim yang berlaku di Timur Tengah baru-baru ini digerakkan sebahagian besarnya oleh ejen-ejen perubah iaitu kelompok pelajar, mahasiswa, pekerja dan anak muda. Majoriti kelompok yang sama di Malaysia sebaliknya pula gagah berani merasa takut untuk membuat perubahan baik perubahan rejim mahupun yang lebih halus perubahan pemikiran.

    Mari kita lihat satu persatu kondisi ejen-ejen perubah kerajaan/pemikiran yang longlai ketakutan selama ini.

    Pelajar sekolah — Pelajar di Malaysia terutama yang masih bersekolah menengah dikawal ketat pemikiran mereka dengan dasar pendidikan yang mengongkong para pelajar untuk berfikir luas yakni di luar konteks peperiksaan semata-mata. Pengalaman saya semasa di sekolah menengah membenarkan pandangan ini di mana minat untuk mengetahui isu-isu semasa melalui bahan bacaan tambahan tidak berkaitan subjek yang diajar seperti surat khabar, majalah dan buku tidak dipupuk dan digalakkan atas alasan tidak masuk di dalam soalan peperiksaan.

    Jika di Indonesia subjek tentang hak asasi manusia, demokrasi dan korupsi diajar di sekolah sehingga menghasilkan suasana persekitaran sekolah yang demokratis, tetapi di negara ini didikan awal subjek seperti ini sepertinya termasuk di dalam kategori ancaman keselamatan yang berat untuk penguasa sekolah dan juga negara.

    Mahasiswa — Seperti pelajar sekolah, mahasiswa kita selama ini ditakut-takutkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan malangnya majoriti dari mereka menerima ketakutan yang ditanam ini sebagai berasas demi kononnya untuk mencari kestabilan hidup tanpa menyedari bahawa dunia kerjaya di luar sana menghargai manusia yang berfikir daripada mereka yang bermental robot.

    Jika di Indonesia, kuasa mahasiswa berjaya meruntuhkan rejim Soeharto yang zalim, di Malaysia banyak di kalangan mahasiswa menganggap kezaliman atas nama Melayu Islam itu wajib dipertahan. Lebih malang agenda yang diperjuang Adam Adli ditolak tepi sebaliknya personaliti pembawa agenda yang diangkat tinggi kepentingannya.

    Pekerja — Ketakutan untuk dibuang kerja seandainya diketahui terlibat dengan aktiviti yang mencerahkan tetapi dianggap subversif di Malaysia melebihi segala-galanya. Individualisme meresap di segenap lapisan sektor kerjaya dan kolektivisme dibungkam secara tidak sedar oleh majikan oleh yang bersekongkol bersama-sama penguasa memberi layanan “ala hamba” zaman moden. Kaum pekerja yang sangat berkuasa di negara-negara maju hanya mampu berperanan sebagai pemerhati sambil menunggu ejen-ejen perubah lain memulakan aksi.

    Demi sesuap nasi menyara keluarga dan ketakutan atas rezeki yang ditentukan Umno BN, agenda-agenda rakyat yang murni bagi sebahagian besar pekerja hanya akan diambil berat sekiranya keadaan sudah semakin terdesak. Suatu hal yang tidak disedari adalah kreativiti dan kemandirian itulah yang akan membawa seseorang itu keluar dari lubang kemiskinan.

    Anak muda — Ketiga-tiga ejen perubah di atas juga mewakili anak muda yang kental ketakutannya.

    Seniman — Ejen perubah yang tidak kurang penting dan berperanan besar ke atas kejatuhan Soeharto di Indonesia tetapi sekadar berperanan sebagai ejen pengampu di Malaysia adalah seniman. Alasan tipikal seniman di Malaysia adalah kami tidak mahu masuk campur urusan politik dan tidak minat politik walhal sebenarnya mereka itu takut untuk berfikir dan berpandangan secara bebas. Jangan nanti hairan sekiranya ada perubahan rejim, kelompok seniman penakut ini akan secara tiba-tiba mendakwa mereka menyokong rejim yang baru. Atas alasan apa? sudah tentu takut kehilangan periuk nasi dan jauh sekali kerana menjunjung agenda-agenda rakyat.

    “Revolusi” peti undi?

    Semoga apa yang saya perkatakan ini dapat dibuktikan salah menjelang pilihanraya umum yang bakal menjelang dan yang lebih penting adalah keberanian untuk membawa agenda-agenda rakyat ini melangkaui proses pilihanraya dan melepasi agenda politik kepartian sempit. Ejen perubah wajib memainkan peranan mereka sebagai pencetus kepada sebuah kebangkitan dan selebihnya biar rakyat seluruhnya dan masa yang menentukan.

    Mungkinkah Malaysia memilih untuk perubahan melalui peti undi seperti yang ditunjukkan semasa pilihanraya umum 2008, kita tunggu dan lihat. Namun ingin saya pertegaskan di sini bahawa walau apapun yang terjadi, hal yang paling penting selain perubahan rejim adalah melawan ketakutan dan memberanikan diri untuk memiliki mental yang mampu berfikir. ayuh bersama-sama menolak ketakutan!

    * The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

    How do you feel about this article?

     

    8 comments

    • mamakbotak  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      penulis ini hanyalah seorang yang gian... gian menulis untuk orang jadi bersemangat melawan kerajaan terutama umno/bn.. penulis tidak ambil pusing apa makna kesejahteraan yang terterap kepada keseluruhan masyarakat malaysia hingga jadi aman dan harmoni... orang yang tidak harmoni hanyalah seorang seperti penulis yang negative perceive mankind....gamaknya penulis ini adalah orang drop out dari pelajaranya kerana anganya yang tidak memberi faedah...
    • islah05  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      ..kalau ude sampai jalan mati, sampai penghujung, sampai ajal.....tak bole elak kawan...semua mahluk..bernyawa ke...tak ke..ada jalan mati n ajalnya kawan......
    • mohd rosli  •  4 months ago
      nanti tgk pilihan raya, parti mana yang menang..kalau nk memang buat betul2..rakyat nilai dari kesungguhan sesebuah parti itu sendiri..
    • aliff anak mum  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      Bebas kerana tak cukup bukti.........tp di sana nanti semua boleh becakap....hatta burung punai pun boleh becakap. Nak lari ke mana. Penulis dan yahoo ni memang lah anak ha ha ha rimau. .......
    • kejor yob kejor  •  4 months ago
      penulis takdok namo la.. bodo la ajok orang wat kuca...
      boh la nama mu tu kalu berani.. bodo la (kate2 ustaz Azhar Idrus)
    • Kamar Md.idris  •  Kapar, Selangor  •  4 months ago
      Mcm Nurul Izzah yang tulis artikel ni!Untuk makluman penulis...provokasi mcm nih tak boleh membawa apa2 makna dlm kehidupan rakyat...!Keterbukaan dlm berfikir dan mencari penyelesaian dlm hidup perlu serentak dgn keseragaman pimpinan sesebuah negara!
      Rakyat tidak akan mudah terikut ikut pada ajen2 yg entah dari semak mana keluar berjumpa rakyat tak kira dimana termasuk masjid2 dan surau,sekolah2 dan universiti2 atau kolej2 dgn imej yg kadang2 macam lanun zaman moden!
      Pandai mengolah kata2 dan berjalan dgn gaya tersendiri seperti model `baby doll`
      dan mirip2 aktor hindustan sesat,atau menonjolkan kehebatan susuk badan mr.universe yg dibuat dari ubat hormon dan botox!
      Kadang2 menjelmakan ajen2 dari kalangan wanita2 `saleha` bertudung dan berseri pada wajah dan senyuman disamping kehebatan duniawi menyaluti tubuh dgn perhiasan2 palsu serta kenderaan kereta motor yg masih belum habis dibayar hutang,menyelosori jalanraya2 dibandar dan kampung2 menyampaikan berita2 karut tentang BN/UMNO dan Kerajaan Malaysia yg telah bersusah payah menyediakan segala prasarana dan kemudahan untuk dikecapi oleh rakyat keseluruhannya!
      Kerajaan bayangan yang diwar warkan oleh ajen2 yg rata2nya adalah mereka yg gagal dlm pendidikan sekolah menengah lagi,malah dikolej atau institusi pengajian yg membazirkan masa dan menipu ahli keluarga terutama mak ayah yg mengimpikan agar anak2 mereka adalah generasi yg berminda dan berhati suci murni utk membangunkan negara!
      Bukan takut atau marah terhadap ajen2 perubahan ini,cuma tahap pemikiran golongan ini belum cukup matang dan melangkaui peringkat global!Atas alasan pendedahan yg mereka terima dalam hidup ini adalah penuh dgn emosi `lahap` dan `pemalas` untuk mengecapi kesenangan dengan cara mudah tanpa usaha kerja bersungguh sungguh melahirkan generasi terbaik dunia dikalangan bangsa Melayu!Apalagi bangsa2 lain yg ada di negara tercinta ini!
      Selamat hari ponggal utk kaum India di Malaysia!Salam1Malaysia!
      • Telapia 4 months ago
        Sekiranya kita bangsa yang berbudi bahasa "Takut dan malu" perlu ada. Jangan nak ikut Indonesia ke.. Syria ke ..negara lain ke.. mereka berbeza muka bumi dengan kita. Apa nie Penulis macam nak suruh orang memberontak bangun melawan.. namun kasih kita kepada Malaysia " Kalau tinggi untung jadi bintang, kalau rendah kita jadi intan".
      • Orang BALING 4 months ago
        Penulisan oleh KMI... tak ada isi... tak ada point... tak kritis... tahap pemikiran terlalu rendah... mcm katak bwh tempurung, tgk kiri kanan nampak tempurung aje... kena pulangkan Ijazah sebab penulisan tak qualify, kalau ler hang ada Ijazah.
    • Orang BALING  •  4 months ago
      DASAR UMNOngok, SAMA DENGAN DASAR PENJAJAH... UMNOngok TAK MAU ORANG2 MELAYU PANDAI... KALAU SEMUA ORANG MELAYU PANDEI, DIA ORANG TAK LEH CARIK MAKAN LER... TAPI NAK BUAT CAMNO, SEKARANG NIH KAN ZAMAN INTERNET... BORDERLESS INFORMATION... SEBENOR-BEBENORNYA PUAK2 UMNO NIH BUKAN SUKA SANGAT NGAN INTERNET NIE... DIA ORANG NAK SEMUA ORANG MELAYU JADIK CAM LEMBU NFC, CUCUK IDUNG THEN BOLEH TARIK KE MANA SAJA
      • hottieyork 4 months ago
        hah...hah..hah ini pasti orang PAS/PAKATAN sebab yang suka mencarut dia orang ni la...islam konon...islam tak ajar kita mencarut....undanr2 ada klu ada yang hang rasa tak kena buat laporan biar di siasat dan di bicarakan cam c nuar tu(dah bebas pun)...tak usah buat judge sendiri....
      • Hikari 3 months ago
        OrangBaling, kamu sahaja yang mencarut disini... tiada provokasi dari rakyat malaysia di sini.
    • Hikari  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Penulis ini gayanya seperti orang indonesia, dan kebanyakkan penulis pro-refomasi di laman ini bergaya bahasa indonesia. Rejim suharto walaupun korup tetapi lebih baik dari penggantinya, dan presiden SBY kini cuba mengembalikan ekonomi indonesia ke paras suharto dahulu. Penulis mahu menghalalkan perlibatan pelajar di dalam aktiviti politik, tetapi yang menjana pendapatan negara dan juga boleh mengundi adalah orang dewasa.

      Pelajar indonesia didedahkan kepada demokrasi, hak asasi dan korupsi, tetapi indonesia adalah negara paling korup dan mencabul hak asasi, ini terbukti melalui bancian UNICEF.

      Negara malaysia mempunyai cara tersendiri yang lebih aman, jangan dibanding dengan indonesia.

      --- ditulis oleh engineer muda (25 tahun) di syarikat MNC yang bersyukur tidak menyertai gerakan politik
      seperti teman2 sepelajaran yang gagal.

    Most Popular

    • 'It's the government that is immoral!'
      'It's the government that is immoral!'

      Tenaganita executive director Irene Fernandez today turned the tables by saying that it is the government who is "immoral" for threatening human rights defenders like her with the law.

    • KL traders plan two-day protest outside Ambiga’s house
      KL traders plan two-day protest outside Ambiga’s house

      KUALA LUMPUR, May 20 — A new group of traders based in the city now want to hold a two-day protest in front of Datuk Amibga Sreenevasan’s house over the loss of income due to the chaotic April 28 rally, despite previous protestors calling off further events at the Bersih chief’s home.

    • Samsung Galaxy S3: already close to 10 million pre-ordered
      Samsung Galaxy S3: already close to 10 million pre-ordered

      In the span of just a few days, Samsung has already received nine million pre-orders for its new smartphone, the Galaxy S3, according to an article in  Korea Economic Daily published Friday. Currently about a hundred carriers around the world, including T-Mobile and AT&T in the US and Vodafone in the UK are offering preorders for the phone. Its official release is scheduled for May 29.

    POLL
    Loading...
    Poll Choice Options