Kebolehan untuk Semua Fotografi

FUJIFILM X-S1.

Fujifilm XS-1

Dimensi: 104 x 135 x 149mm
LCD: 3-inci
LENSA & ZUM: 24mm wide hingga 26 x 624mm zum dengan Fujinon
RESOLUSI: 12 million
CIRI: Pemasa sendiri, Pengesan Muka, Mod Gambar Serial, 5 mod Flash, Sensor EXR CMOS

Nilai: 7/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 9/10
Rekaan: 9/10
Penggunaan: 8/10

Hasil Ujian: Wow! Boleh tahan

Sebab MT Sukakannya: Kamera lawa!

Markah: 8.2/10 (DISYORKAN)

Berapa lautan sudah diredah, berapa belantara sudah dimasuki, semata — mata ingin mencari kamera yang sesuai untuk segalanya, FUJIFILM X-S1 mempunyai segalanya yang diperlukan oleh jurugambar. Sekarang walaupun anda hanya seorang yang baru berjinak dengan mengambil gambar, ini adalah segala informasi bagi kamera yang anda boleh miliki dengan senang ini.

Cantik dari Segala Sudut
FUJIFILM X-S1 dapat memberikan anda kebolehan bagi mencapai kecantikan yang selama ini  terlalu jauh dengan kamera biasa, dan juga menjadikan anda kreatif di ruangan yang luas. Dari boleh mengambil gambar landskap yang bersudut luas atau arkitektur jalanan hingga zoom masuk ke tempat susah dengan zoom optikal yang berjulat dari 24-624mm dipadankan dengan apertur f/2.8-5.6, ini memang satu kamera yang sangat serba boleh di pasaran sekarang. Teknologi lensa Fujinon memberikan kualiti gambar yang sempurna dengan menbaiki gegaran kamera. Bagi gambar telefoto yang melangkau jarak 26x zoom optikal, Intelligent Digital Zoom menggandakan ini sehingga 52x zoom tanpa mengorbankan ketajaman dan butiran pada gambar itu. Menakjubkan lagi, FUJIFLM X-S1 juga sesuai bagi mereka yang mahukan butiran terpeinci sesuatu dengan mod Super Macro yang membolehkan anda mengambil gambar sehinnga jarak 1cm sahaja. Kebebasan untuk mencuba komposisi yang berlainan ketika mengambil gambar adalah kerana LCD boleh ubah 3.0 inci dan juga 'Monitor Sunlight Mode' yang terbina dalam bagi melihat gambar di bawah matahari terik. Boleh kata kesemua fungsi kamera yang anda lihat di pasaran sekarang ada di dalam satu unit ini.

Fungsi,  Rekabentuk dan prestasi yang Hebat
FUJIFILM X-S1 mempunyai sistem fokus berserta dengan pemproses imej yang laju dan ini adalah penting bagi menjana gambar yang cantik. Tambah lagi dengan 49 titik fokus bagi mendapat fokus yang tepat. Menggunakan viewfinder elektronik X-S1 anda boleh mengambil gambar ala DSLR dengan mendapatkan DOF, suhu warna, mod warna dan apa jenis seting kualiti bagi gambar anda.

Prestasi yang dioptimakan pada sensor CMOS EXR membolehkan saiz 12 megapiksel dan juga kelajuan sehingga 7 bingkai sesaat pada resolusi penuh atau 10 bingkai sesaat pada resolution 6 Megapiksel. Penggunaan barang berkualiti tinggi tidak terhenti pada di sini sahaja. Dial yang tepat pada kamera ini dibalut dengan getah lembut supaya anda akan selesa dan mempunyai cengkaman yang jitu. Dial mod multifungsi dating dengan dua butang Fn yang boleh diubah dan 3 seting pengguna bagi menyenangkan menukar kepada mod yang berlainan.

Kejutan di Dalam
Ada lagi fungsi menarik pada kamera ini seperti fungsi panorama 360-darjah. Mod Pro-Light pula menangkap empat gambar pada pendedahan berlainan pada kelajuan yang tinggi dengan tepat sekali dan menggabungkannya untuk dijadikan satu gambar berkualiti tinggi yang kurang bunyi tapi amat jelas.

Sepertimana memilih filem yang sesuai bagi kreativiti anda, mod yang senang digunakan ini membolehkan anda mensimulasikan kualiti warna dan ton filem "colour reversal" yang disukai jurugambar profesional yang mahukan gambar yang mempunyai warna Fujichrome dan sama juga bagi peminat monokrom.

Format lalai bagi gambar adalah JPEG tapi anda boleh mengambil gambar seterusnya dalam format JPEG+RAW dengan hanya menekan butang RAW.

Sinergi paling bagus
Di dalam tangan anda, kamera yang pantas dan kecil ini membolehkan anda mendapatkan gambar yang tepat dan sempurna. Dengan Fujifilm X-S1, setiap fungsi telah dioptimakan bagi mendapatkan butiran yang sangat terpeinci tanpa sebarang halangan lagi!

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3

Contoh 4

Contoh 5

Contoh 6

Contoh 7

Contoh 8

Contoh 9

Contoh 10

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.