Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mahukan Jawatankuasa Khas Royalti minyak untuk menyelesaikan tugas lebih cepat iaitu tiga bulan daripada enam bulan yang dicadangkan perdana menter (PM) sambil mencurigai tindakan Putrajaya itu sebagai langkah untuk Barisan Nasional memenangi pilihan raya.
Ahli exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) mempersoalkan masa penubuhan jawatankuasa tersebut dan tempoh enam bulan yang diberikan untuk menyelesaikan kajian dan bertanya apakah ini hanya berujuan untuk memberikan kelegaan kepada rakyat Kelantan menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.
“Kini Ogos, jika pilihanraya diadakan dalam tempoh sebelum Jawantakuasa ini membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi Jawatankuasa ini, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan.
“Ia mungkin berakhir sebagai sebuah latihan akademik semata-mata.
“Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihanraya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan dan BN menggunakannya sebagai sebuah 'jambatan' untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?” soal naib presiden PAS tersebut.
MENYUSUL LAGI


