Keluarga Azmin diganggu 20 pemuda bermotosikal

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa lebih 20 pemuda, dipercayai anggota Pemuda Umno telah mengganggu keluarganya di kediaman mereka di Ampang lewat malam tadi.

Kumpulan itu dikatakan membuat kacau di perkarangan rumahnya dan disuraikan polis yang tiba sekitar jam 11.30 malam.

Dalam mesej menerusi Twitter lewat malam tadi, Azmin (gambar) berkata polis tiba di rumah beliau untuk memantau serangan lebih 20 Pemuda Umno bermotosikal untuk ganggu kacau keselamatan keluarga saya."

Dipetik Sinar Harian Online, seorang pegawai Azmin memberitahu bahawa mereka berada di kawasan rumah Azmin sejak 10 malam dan hanya bersurai selepas polis tiba pada jam 11.30 malam.

Azmin yang kini berada di Sabah telah berhadapan dengan beberapa insiden sebelum ini dan terbaru, pendedahan sebuah portal blog bahawa beliau tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa dalam isu rasuah yang berlaku 17 tahun yang lalu.

 MENYUSUL LAGI

 

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.