KERAJAAN NEGERI VICTORIA SOKONG RANCANGAN VIRIGN-TIGER

MELBOURNE, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan Negeri Victoria menyokong usaha

Virgin Australia untuk mendapatkan kepentingan utama dalam syarikat penerbangan

bajet Tiger Airways, menyatakan bahawa usaha itu akan membuahkan manfaat

ekonomi.

Menteri Inovasi, Perkhidmatan dan Perniagaan Kecil Victoria, Louise Asher

berkata bidaan Virgin untuk pegangan 60 peratus dalam Tiger Airways akan

memanfaatkan pelancongan dan sektor kerja di negeri itu.

"Kerjasama antara Virgin Australia dan Tiger Airways yang disokong oleh

Singapore Airlines dijangka melihat operasi Tiger di Victoria meningkat daripada

11 sehingga 35 pesawat dan kami percaya ini memberikan peluang luas untuk sektor

penerbangan di negeri ini membangun dengan lebih pesat," kata Asher dalam satu

kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata usaha sama itu akan meningkatkan kapasiti dari Melbourne ke

hub Asia Tiger Airways dan pasaran pelancongan dan dagangan di China dan Asia

Tenggara.

Asher berkata kerajaan negeri telah menulis kepada Suruhanjaya Persaingan

dan Pelanggan Australia untuk menyuarakan sokongan kepada usaha sama ini, kata

Asher.

Usaha sama itu bergantung kepada kelulusan daripada ACCC dan Lembaga

Penilaian Pelaburan Asing, katanya.

-- BERNAMA

NDC WGM NHZ

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.