Advertisement

Kesemunya OK – Dell Inspiron 14R Special Edition

Dimensi (HxWxD): 25.1 x 85.6 x 119.9
Berat: 2.5 kg
Prosessor: Generasi ke-3 Intel Core i5-3210M processor
Memori: 4GB 1 DIMM (4GB x1) DDR3 1600Mhz
Storan: 500GB 7200RPM SATA Hard Drive
Sistem Operasi: Windows® 7 Home Premium SP1 64bit (English)
Paparan: 14.0in HD WLED True-Life (1366x768)
Grafik: NVIDIA GeForce GT 640M DDR3 2GB

Nilai: 8/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 8/10
Rekabentuk: 8/10
Penggunaan: 8/10

PCMark07: 2358
3DMark11: 2868

Hasil Ujian: Tak perlu desktop. Beli saja komputer riba ni dan satu keluarga akan terus gembira

Skor: 8/10

Keluarga Inspiron amat terkenal dengan kos mampu miliknya. Kehebatan terbesarnya adalah ia boleh disesuaikan mengikut kesukaan pengguna. Ini termasuk beberapa lagi tambahan yang ditawarkan oleh Dell. Dan ia juga adalah komputer serba boleh, walaupun ia tidak menonjol dari mana – mana segi. Namun itu sudah berubah apabila Dell memperkenalkan Inspiron 14R Special Edition untuk membawa komputer riba ini ke puncak.

Rekaan OK

Setelah melihat rekabentuk Inspiron 14R SE, apa yang saya mahu komen adalah ia agak berat, dan saya tak sanggup sangat untuk membawanya ke mana – mana kalau bercuti. Walaupun begitu, rekaan bahagian atasnya agak bagus dengan penggunaan plastik matte yang kelihatan bagai gentian karbon. Ia juga tak perlu sentiasa dicuci dari cap jari atau kekotoran. Walaupun begitu patutnya Dell membuang tiga kekunci akses pantas yang membuat komputer ini kelihatan ketinggalan zaman.

Ruang Luas

Ruangan menaip bagi papan kekunci 14R SE adalah amat luas. Ada ruang yang selesa diantara setiap kekunci yang bermaksud kurang kesilapan menaip. Juga terima kasih Dell kerana memisahkan kekunci kanan dan kiri bagi tetikus. Walaupun ruang pad sentuhnya agak kecil berbanding komputer riba lain, ia masih cukup luas untuk menggunakan ‘multi gesture’

Sedikit kelemahan

Apa yang saya kecewa hanyalah dengan saiz skrin yang bukan 1080p. Kalau 17R SE mempunyai 1080p kenapa tidak model ini? Ia juga adalah “Special Edition”. Namun skrinnya cukup cerah dan menonton wayang serta bermain game amat selesa menggunakannya. Ia cukup tajam dan jelas dan boleh saya katakan ia satu paparan yang berkualiti lebih tinggi dari biasa

Kuasa Grafik

Di dalam 14R SE terdapat pemproses generasi ketiga Intel Core i5 3210M. Ia juga menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GT640M dengan 2GB RAM! Dengan ini 14R mampu memainkan game dengan bagus dan ini dibuktikan apabila saya melarikan Battlefield 3 pada tahap ‘medium’. Ia juga tidak terasa lembab walaupun saya membukan Chrome dengan 10 bingkai berbeza.