Khalid bidas Adun BN wakil rakyat ‘kedai kopi’

  • Black 505: Rafizi defies police
    Black 505: Rafizi defies police

    With about 48 hours left before Saturday's Black 505 rally, the standoff between the police and the organisers continues.In response to a police warning yesterday (June 19) that the organisers will be prosecuted if the rally is held, PKR strategy director Rafizi Ramli told The Malaysian Insider there was no change of plan. "We will continue with it," he said of the plan to hold the gathering at Padang Merbok in Kuala Lumpur."However, we are hopeful that closer to the date, the police will be …

  • Union comes up with business plan to save KTMB
    Union comes up with business plan to save KTMB

    The Railwaymen Union of Malaya (RUM) has come up with a business plan which it says can save Malaysia’s largest railway network. …

  • Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support
    Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support

    Armed with placards and banners, publicising the rally at Padang Merbuk on June 22, the supporters shouted slogans, calling for 'Reformasi' and the dissolution of the Election Commission. …

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

  • PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge
    PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge

    PKR de facto leader Anwar Ibrahim has warned deputy inspector-general of police Bakri Zinin not to behave like an Umno division leader by curbing Saturday's 'Black 505' rally rally at Padang Merbok in Kuala Lumpur. …

Oleh Mohd Farhan Darwis

SHAH ALAM, 10 Julai — Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini membidas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun, sebagai “wakil rakyat kedai kopi” apabila mengaitkan kejadian bencana alam di Selangor dengan aktiviti kecurian pasir.

Khalid (gambar fail) dalam perbahasan lisan di Dewan Undangan Negeri hari ini membidas kenyataan Wong dengan menegaskan kejadian tanah runtuh di negeri itu tidak melibatkan kegiatan kecurian pasir dan Wong jelasnya menggunakan logik yang rendah dalam membuat perbandingan berhubung perkara itu.

“Logik yang digunakan agak rendah iaitu kononnya dengan kecurian pasir jambatan akan runtuh, ini cakap-cakap di kedai kopi,” tegas Adun Ijok ini lagi.

“Kita gunakan kajian daripada Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), mereka telah mengatakan faktor kecurian pasir tidak menyumbang kepada kejadian tanah runtuh.”

Wong sebelum itu mempersoalkan berkenaan ketiadaan pendedahan mengenai jumlah tangkapan yang dibuat berkaitan skandal pasir di Selangor walaupun kerajaan negeri mengumumkan jumlah tangkapan berhubung jenayah itu menunjukkan penurunan sejak 2008.

“Kalau kerajaan negeri betul-betul efisyen, siapa tahu individu atau kumpulan mana yang ditangkap serta apa hukumannya?

“Skandal kecurian pasir ini mendatangkan masalah sampingan, sebelum 2008 tiada jambatan runtuh atau tebing sungai runtuh,” katanya dan menambah, “sekarang kerap media melaporkan kejadian-kejadian seperti ini.”

Khalid bagaimanapun dilihat cuba berdolak-dalik ketika menjelaskan mengenai keberkesanan operasi pemantauan dan pencegahan sindiket kecurian pasir di negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) itu.

Malah, Khalid juga tidak menjawab soalan Wong mengenai jumlah tangkapan yang sudah dibuat sejak skandal mencuri pasir di Selangor didedahkan selepas 2008.

Sebelum itu, dalam sesi soal jawab lisan menerangkan bahawa trend tangkapan jenayah kecurian pasir telah menurun sejak PR mengambil alih kerajaan Selangor.

“Trendnya sudah menurun. Pada 2008 sebanyak 974 tangkapan, 159 (2009), 91 (2010), 37 (2011) dan hanya 26 tangkapan dibuat sehingga Jun 2012.

“Operasi perampasan juga sudah berkurang, kutipan juga berkurang. Berdasarkan fahaman kita sudah tentulah operasi pencurian pasir berkurang,” katanya lagi.

Beliau turut menerangkan, ekoran kejayaan itu, bukan sahaja pendapatan operasi pasir telah meningkat, tetapi juga jumlah royalti yang dibayar.

Jelas Khalid lagi, jumlah besar royalti yang dibayar juga meningkat kepada RM5 juta dalam tempoh enam bulan sejak 2008, berbanding tidak lebih RM3 juta sebelum itu.

“Bukan sahaja kecurian berkurang, tapi royalti negeri juga bertambah,” tambahnya lagi.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.