Koleksi Tahun Baru Cina oleh Melinda Looi

Koleksi Tahun Baru Cina oleh Melinda Looi

25 Jan – Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, pereka fesyen terkenal, Melinda Looi telah tampil dengan koleksi terbarunya yang mengetengahkan tiga elemen budaya iaitu Cina, Melayu dan India dalam satu koleksi kasual ini.

Melinda berasa bertuah apabila dapat bekerjasama dengan supermodel terkenal negara, Amber Chia yang menjadi inspirasi bagi merealisasikan koleksi 'ready to wear' ini.

Menurut Melinda, koleksi terbarunya ini adalah untuk semua peringkat usia dan golongan, tidak kira wanita, lelaki dan juga kanak-kanak.

Malah, harga yang ditawarkan untuk koleksi ini juga boleh didapati pada harga serendah RM88 sehingga RM188 untuk persalinan polo, diikuti pula rekaan yang lebih eksklusif yang menggunakan fabrik songket dan juga sari pada harga berpatutan dan mampu dimiliki.

Tambah Melinda lagi, dalam koleksinya ini akan menggunakan tema burung seperti burung hantu dan burung merak yang telah menjadi identitinya dalam kebanyakan rekaannya sebelum ini.

Jadi kepada yang ingin mendapatkan koleksi terbaru rekaan Melinda Looi boleh dibeli di pusat membeli-belah terkemuka Parkson dan juga di laman Zalora, www.mlxac.com dan Shoes Shoes Shoes.