Skrin: 23-inci multi-sentuh Full HD
Ciri-ciri: Beats Audio
DVD burner: Ya
Pemproses: Intel Core i5
USB 3.0: 2
Nilai: 8 / 10
Ciri-ciri: 9 / 10
Prestasi: 9 / 10
Rekabentuk: 10/10
Kebolehgunaan: 9 / 10
Hasil ujia: Dengan prestasi yang baik, rekabentuk yang anggun dan keupayaan tinggi, AIO ini adalah pilihan saya
Keseluruhan: 9 / 10
Sebab MTech sukakannya: Teknologi Beats Audio
All-in-ones (AIOs) adalah alternatif yang hebat untuk desktop kerana ia memerlukan kurang ruang dan biasanya mempunyai banyak ciri-ciri yang dimuatkan dalam reka bentuk yang anggun. HP TouchSmart 520 PC mempunyai paparan 23 inci Full HD multi-sentuh dan anda boleh sengetkan sehingga 30 darjah untuk pengalaman tontonan yang berbeza. Ia dilengkapi dengan teknologi Beats Audio, pembaca multi-kad, dua port USB 3.0, dan empat port USB 2.0. Disertakan dengan AIO adalah papan kekunci dan tetikus tanpa wayar.
Seperti tablet
Apabila dimiringkan, paparan multi-sentuh terasa seperti tablet. Ia menggunakan teknologi paparan perintang, jadi jika anda tidak mahu menggunakan jari anda, anda boleh menggunakan kuku anda atau stilus. HP TouchSmart 520 PC dilengkapi dengan Magic Canvas jadi anda boleh melukis Graffiti, mencoret, meletakkan StickyNote maya dan sebagainya. AIO ini hebat sebagai alat multimedia kerana ia dilengkapi Beats Audio dan persisian TouchSmart 5.0. Saya gembira kerana ia tidak datang dengan banyak bloatware dan persediaan yang benar-benar mudah. Skrin multi-sentuh amat menyeronokkan pada awalnya, tetapi setelah beberapa ketika, saya menggunakan papan kekunci dan tetikus seperti desktop biasa. Maklum balas daripada skrin sentuh adalah melebihi purata, tetapi kadang-kadang apabila saya menyentuh kawasan tertentu, program tidak terbuka serta-merta.
Ergonomik bunyi
Logo Beats Audio merah boleh didapati di kekunci 'B' manakala kunci Function mempunyai satu garis merah. Ini adalah untuk membolehkan teknologi Beats Audio pada AIO. Untuk papan kekunci ini, ia benar-benar selesa untuk digunakan dan maklum balas sentuhan adalah menakjubkan. Satu-satunya perkara yang saya tidak suka tentang papan kekunci ini adalah ketinggian kekuncinya. Jika ia dinaikkan sedikit, saya rasa menaip akan menjadi lebih cepat. Bagi tetikus, ia adalah luas dan ergonomik. Secara keseluruhan, reka bentuk AIO berserta kombinasi papan kekunci dan tetikus amat dipuji.
Prestasi
Dijalankan oleh pemproses Intel Core I5 dengan sistem pengoperasian Windows 7 Home Premium, HP TouchSmart 520 PC adalah cukup berkuasa untuk menyokong pelbagai perisian dijalankan pada masa yang sama. Unit kajian kami dikonfigurasi dengan 4GB RAM dan sistem 64-bit. Anda boleh memilih jenis spesifikasi yang anda mahu untuk AIO ini. Setakat ini, proses berjalan dengan lancar pada unit kajian dan satu-satunya isu yang saya hadapi ialah apabila Internet Explorer terhempas beberapa kali. (is there an actual term for crashing in malay?)
Mesin Multimedia
Dengan teknologi Beats Audio, terdapat perbezaan ketara dalam kualiti muzik dan bass. HP TouchSmart 520 PC juga datang dengan kamera HD untuk panggilan video dan telekonferens. Menonton video adalah menyeronokkan pada AIO ini kerana paparan Full HD yang besar. Port USB 3.0 dan DVD burner menjadikannya lebih mudah untuk memindahkan dan memainkan filem untuk hiburan. Walaupun kekurangan sebuah port HDMI, HP TouchSmart 520 PC adalah pembelian yang disyorkan jika anda mencari AIO sederhana untuk bekerja, bermain dan multimedia.
By 
